Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Sejarah Kiswah Kaabah, Kenapa Warna Hitam?

Tahukah anda, kain yang menutupi Kaabah pernah berwarna putih, hijau bahkan merah.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 8:44AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saban tahun, ratusan ribu umat Islam dari serata pelosok dunia menunaikan ibadah haji di rumah Allah, Kaabah yang terletak di Masjidil Haram, Arab Saudi  

Dan, setiap tahun juga sesuai tradisi sekitar waktu rukun Islam kelima ini pada tanggal 9 Zulhijjah, Kaabah akan diselimuti dengan selembar kain sutera hitam yang dilapisi dengan kain kapas putih serta sulaman emas ayat-ayat suci al-Quran yang dipanggil Kiswah. 

Dengan berat lebih 670kg, ayat-ayat al-Quran disulam dengan indah. Tampilan berbagai bentuk kaligrafi juga disulam oleh 200 seniman dan pakar kaligrafi dengan menggunakan benang emas serta perak murni. 

Mengikuti perkembangan sejarah Rasulullah SAW, kain hitam yang melitupi Kaabah ini akan digantikan dengan Kiswah baharu ketika para rombongan haji bermalam di Padang Arafah.

Sejarahnya, semasa penaklukan kembali Makkah oleh tentera Islam pada tahun 9 Hijrah, Nabi Muhammad menutupi seluruh bangunan Kaabah dengan kain Yaman berwarna putih bergaris merah semasa baginda melakukan haji sebelum pulang ke Madinah. 

Namun pada hari ini, atas arahan Penjaga Dua Masjid Suci, Kiswah telah diangkat tiga meter ke atas dan ditambah dengan kain kapas putih di bawahnya, keliling Kaabah. 

Tindakan ini diambil bagi menjaga kebersihan dan keselamatannya memandangkan para rombongan haji selalu memegang dan secara tidak sengaja mengotorkannya serta menghindari mereka yang taksub daripada menggunting kain Kiswah ini untuk dijadikan cenderahati atau tujuan sihir.

 

Warna Kiswah berubah mengikut zaman 

Asal Kiswah bermula dengan Nabi Ismail AS. Pada zaman Rasulullah SAW, datuk baginda, Adnan antara yang pertama membaluti Kaabah dengan Kiswah.

Sebenarnya, tradisi ini sudah pun bermula sejak zaman purba lagi kerana Kaabah adalah pusat ibadah yang penting untuk lebih daripada satu agama-agama Arab lama yang kini sudah pupus.

Asalnya, Kiswah dalam pelbagai warna dan jenis kain. Melindungi Kaabah dengan Kiswah dianggap sebagai satu penghormatan dan istimewa. 

Maka terdapat persaingan yang sengit antara kabilah-kabilah Arab bagi menutupi Kaabah dengan Kiswah di zaman jahiliah kerana pengaruh dan kepentingannya.

Semasa zaman Rasulullah SAW, baginda menutupi Kaabah dengan kain Yaman berwarna putih dengan garis merah dan menukarnya dua kali setahun iaitu sebelum Ramadan dan semasa haji.

Semasa zaman pemerintahan khalifah, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab dan Uthman bin Affan, Kiswah berwarna putih. Sedangkan zaman Ibn al-Zubayr, Kiswah berwarna merah. 

Semasa era Kerajaan Abbasiyah pula, Kiswah berselang-seli berwarna merah dan putih. Khalifah al-Nassir menukarnya kepada warna hijau dan kemudian hitam sehingga ke hari ini. 

 

Kenapa Kiswah Berwarna Hitam?

Memetik laporan Arab News, Pengarah Pusat Sejarah Makkah, Dr Fawaz al-Dahas berkata, “Kaabah pernah dilitupi (Kiswah) dalam warna putih, kadangkala merah atau hitam. Pemilihan warna adalah berdasarkan status kewangan (kerajaan) pada setiap era.”

“Status kewangan yang berubah-ubah menentukan jenis kain (datang dalam warna berbeza) yang digunakan bagi menghasilkan Kiswah,” jelas Dr Fawaz. 

Fabrik Qubati dari Mesir adalah salah satu kain yang terbaik bagi menghasilkan Kiswah. Kain Yaman juga antara yang berkualiti dan paling terkenal. 

Persoalan mengapa warna Kiswah sering berubah, Dr Fawaz berkata warna putih adalah paling terang tetapi ia tidak tahan lama dan tidak praktikal. 

Selalunya ia menjadi lusuh, kotor dan tidak suci kerana ribuan pelawat memegangnya. Kemudian, Kiswah ditukarkan kepada warna hitam dengan kain satin brokat dan shimla.

Akhirnya, warna hitam dikekalkan pada penghujung era pemerintahan Kerajaan Abbasiyah kerana lebih tahan lama dan lasak sekiranya disentuh oleh pelawat dan rombongan haji atau umrah dari seluruh dunia. – Getaran, 20 Julai 2021

Sumber dan gambar: Arabnews.com

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 hari yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Jom Jalan-Jalan Di Pantai Khobar, Arab Saudi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

MEKAR Diaspora JPN Di Arab Saudi Kendali 240 Perkhidmatan Untuk Rakyat Malaysia

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Penalti 4 - 2 Bantu Korea Selatan Singkir Arab Saudi

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 23 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya