web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sudah 5 Cawangan, Lush Mekar Mewangi Di Malaysia

Harum kedai Lush sentiasa menjadi tarikan utama kepada para pembeli. Tak hanya itu, produk-produk semula jadinya cukup unik.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 2:38PM

Gambar: Instagram @malaysia.lush

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Adakah anda lebih suka produk seratus-peratus buatan asli dan ‘vegan’ (buatan tumbuhan sepenuhnya) ? Lush Cosmetics mungkin pilihan anda. Sedikit informasi kepada yang tertanya-tanya apa itu Lush, ia merupakan rangkaian syarikat kosmetik yang menjual produk penjagaan diri. Jadi, apa yang membezakan produk Lush dengan yang lain?

Lush dikenali ramai dengan keaslian produk buatan tangan tanpa menggunakan lemak haiwan dan seratus-peratus menggunakan bahan organik. Produk mereka juga mesra alam dan paling penting, tidak diuji pada haiwan. 

Bukan itu sahaja, antara sebab lain jenama ini menjadi pilihan adalah kerana rupa bentuk produk yang unik serta aroma wangi yang boleh menarik perhatian anda agar terasa nak beli lagi. Sesiapa yang masuk ke dalam kedai Lush pasti akan rambang mata.

Sempena pembukaan rasmi kedai Lush ke-5 di IOI City Putrajaya, Ini adalah produk ‘Top 3’ yang patut anda miliki.

1.    Pupur Muka

Apa yang membuatkan pupur muka Lush berbeza daripada yang lain? Ia diperbuat daripada ramuan buah-buahan, lemak tumbuhan istimewa, minyak essential dan tidak menggunakan bahan berkimia.


 

2.    Bathbombs

Kepada yang tidak tahu, bathbombs adalah sejenis produk yang akan berbuih dan larut apabila direndam di dalam air. Jika anda ada tab mandi di rumah, bolehlah beli produk ini.


 

3.    Sabun Mandi Jelly (Shower Jelly)

Rupanya seperti agar-agar atau mainan kanak-kanak ‘slime’ tetapi ia sebenarnya sabun badan yang mengandungi ‘Carrageenan Seaweed’ dan kaya dengan ramuan yang berkhasiat dan melembapkan kulit. Produk ini sangat popular dan selalu disapu habis oleh para peminat Lush.


Mahu tahu bagaimana rupa kedai dan produk-produk Lush, jom tengok video di bawah: 

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini Lush melalui akaun Instagram rasmi mereka. – Getaran, 4 April 2021

Semua gambar kecuali tertera: Syeda Imran

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

LUSH Malaysia Lancarkan Rangka Kerja Kempen Dan Kebajikan Baharu, Lebih Berani Dan Bermakna

2

Gaya 7 bulan yang lalu

Temui Haruman Yang Ceritakan Kisah Anda, Hanya Di LUSH 

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Lush Malaysia Buka Cawangan Ke-10 Di Suria KLCC

4

TARA 3 tahun yang lalu

Langkah Mudah Untuk Solekan Menawan Di Hari Raya

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden