Berita Terkini

14 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 14 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 14 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 14 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 14 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Kapten Batik Penuhi Citarasa Moden

Batik memang tak lapuk dek zaman. Rekaan dan pendekatan baru dan moden menjadikannya lebih menarik untuk digayakan oleh anak teruna sekarang.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2021 9:35AM

Gambar: Koleksi 'Heritage', Kapten Batik

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tak lapuk dek zaman. Pemakaian batik tidak pernah dilihat basi biarpun ada yang beranggapan sebaliknya. Dengan suntikan moden, batik boleh digayakan pada bila-bila masa untuk pelbagai acara. Inilah yang cuba ditampilkan oleh Kapten Batik, jenama fesyen yang semakin mendapat tempat di hati penggemar fesyen.

Jenama yang diilhamkan oleh duo mantan jurutera, Ekram Faiz dan Farhan Omar ini mula bertapak dalam industri pada 2017. Kedua-dua rakan baik ini bertekad untuk mengubah persepsi pakaian batik lelaki.  

Terinspirasi daripada percutian-percutian mereka, duo ini melancarkan label pakaian lelaki dengan menghasilkan rekaan-rekaan baju menarik yang pastinya mencuri perhatian ramai. Bukan hanya masyarakat Melayu, malah berjaya mengumpan bangsa-bangsa lain untuk menggayakannya. 

Ketika ditemui baru-baru ini, Farhan memberitahu produk-produk Kapten Batik menggunakan pelbagai jenis kain kapas, dan yang paling banyak digunakan adalah Mercerized, Supima dan Primissima. Jelasnya lagi, mereka memilih untuk fokus kepada pakaian lelaki kerana tidak ramai pereka tempatan yang hadir dengan rekaan batik lelaki.

“Kami pilih pakaian lelaki untuk Kapten Batik kerana berpendapat tidak banyak jenama di luar sana yang menumpukan perhatian kepada fesyen lelaki. Semua rekaan di sini adalah idea kami berdua dan sudah tentulah ia daripada kaca mata seorang lelaki. Untuk hasil terbaik, biarlah kami terokai dunia fesyen lelaki,” ujar Farhan tegas.

Bagaimanapun, Farhan menjelaskan Kapten Batik juga ada menghasilkan himpunan ‘resort’ atau percutian yang boleh didapati di hotel peranginan terkemuka seperti  The Datai Langkawi, Four Seasons Langkawi, The Ritz Carlton Langkawi, Four Seasons Kuala Lumpur, Pangkor Laut Resort, Tanjung Jara Resort dan Cameron Highland Resort.

 

Koleksi berkualiti tinggi

Seleksi Kapten Batik menggabungkan rekaan batik kontemporari yang menekankan ciri-ciri moden dengan potongan Custom Slim Fit, Modern Fit dan Tailored Fit untuk digayakan oleh generasi muda. Label ini komited untuk mengukuhkan kehadiran mereka dengan mengembangkan rangkaian pakaian mereka menggunakan tekstil buatan tradisional dan menggunakan 100%  kapas organik menjelang 2022.

Koleksi Nusantara. Gambar: Kapten Batik
Koleksi Nusantara. Gambar: Kapten Batik

Kedua-dua rakan kongsi ini mencari pakar batik di rantau ini untuk menghasilkan rekaan dan pemilihan fabrik yang benar-benar unik untuk jenama mereka. Bermula dengan koleksi Nusantara yang menggunakan motif batik cetakan mesin berkualiti tinggi, siri Masterpiece ini direka secara eksklusif di Malaysia, menggunakan blok tembaga tradisional dan lilin untuk menghasikan rekaan kontemporari dengan ketidaksempurnaan bagi menambah ciri semula jadi pakaian batik buatan tangan.

Koleksi Masterpiece. Gambar: Kapten Batik
Koleksi Masterpiece. Gambar: Kapten Batik

Untuk koleksi Maharaja, teknik cetakan blok tangan yang berusia ribuan tahun telah digunakan bagi menghasilkan rekaan yang sama sekali tidak dapat ditiru oleh mesin. Proses mewarna dihasilkan oleh tukang berpengalaman di Wilayah Rajasthan di India. Bagi yang mendambakan sesuatu yang eksklusif, koleksi Heritage yang menggunakan fabrik Kapas Supima dan dilukis dengan tangan boleh dijadikan pilihan. 

Koleksi Maharaja. Gambar: Kapten Batik
Koleksi Maharaja. Gambar: Kapten Batik

Kapten Batik kini mempunyai beberapa cawangan yang boleh dikunjungi iaitu Publika Shopping Gallery (Flagship store), Isetan KLCC, Isetan The Gardens, Metrojaya, Sogo KL dan yang terbaru di Bangsar Shopping Centre.  

Untuk maklumat lanjut dan pembelian secara online, anda boleh melayari https://www.kaptenbatik.com.my/ 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

JNJ Group Perluaskan Perniagaan Ke Indonesia

2

Semasa 2 hari yang lalu

Presiden Singapura Diberi Sambutan Negara Di Istana Negara

3

Selebriti 3 hari yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

4

Semasa 1 minggu yang lalu

AUKUS: Malaysia Kekal Dengan Pendirian, Minta Semua Pihak Menghormatinya

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Gaya 14 jam yang lalu

Stylofest Mega Raya 2023 Anjur Festival Shopping Kekeluargaan Terbesar 73 jam Tanpa Henti 

oleh Wartawan Hiburan Getaran