Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Dheper Teh Dinobatkan Miss Teen Elegance Pada Miss Teen Universe 2021

Dheper Reshaa Teh sangat gembira apabila namanya diumumkan sebagai pemenang Miss Teen Elegance pada pertandingan ratu cantik Miss Teen Universe 2021 di Dubai, awal bulan ini.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 9:06AM

Gambar: Instagram @dheper_teh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dheper Reshaa Teh sangat gembira apabila namanya diumumkan sebagai pemenang Miss Teen Elegance pada pertandingan ratu cantik Miss Teen Universe 2021 di Dubai, awal bulan ini.

Pertandingan tersebut dijadualkan tahun lepas tetapi ditunda ke Mac tahun ini berikutan pandemik COVID-19.

Gadis kelahiran Pulau Pinang berusia 20 tahun itu berkata beliau sangat berbangga dan gembira dengan anugerah dan pengiktirafan daripada organisasi antarabangsa tersebut. 

“Walaupun ia bukanlah gelaran utama tetapi ia sangat bermakna buat saya. Ia mengesahkan semua kerja keras dan dedikasi yang saya curahkan untuk pertandingan ini. Saya harap saya turut membuatkan semua pihak berasa bangga,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Dalam pertandingan pada 3 Mac itu, Miss Teen Universe Peru merangkul gelaran utama, manakala Miss Teen Universe Afrika Selatan dan Miss Teen Universe India, masing-masing diumumkan sebagai naib johan pertama dan kedua.

Dheper menyarung tiara pertamanya pada Miss Teen International Malaysia 2018/2019 dan sejak itu beliau telah menyertai dua pertandingan ratu cantik antarabangsa iaitu Miss Teen Universe 2019 di New Delhi dan Miss Tourism Global City di Guangdong, China tahun ini.

Beliau mendedikasikan kejayaannya dalam bidang itu kepada kedua ibu bapanya yang telah memberi galakan kepadanya untuk mencapai impian dan sentiasa menyokong pilihannya.

“Ketika mula-mula saya memberitahu mereka saya mahu menyertai pertandingan ratu cantik pada usia 15 tahun, saya jangkakan reaksi negatif, tetapi saya terkejut apabila mereka memberi sokongan penuh.

“Ayah yang memandu saya ke KL (Kuala Lumpur) untuk uji bakat bagi pertandingan pertama saya manakala ibu yang menyiapkan rambut dan mendandan saya untuk pertandingan sejak mula lagi,” tambahnya.

Ketika ini beliau merancang untuk berehat seketika daripada menyertai pertandingan untuk memberi tumpuan dalam menamatkan pengajian diploma perniagaan di INTI College Penang sebelum menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.

Mengulas mengenai pemilihan anaknya sebagai Miss Teen Elegance, Tanuja Kumar, 45, berkata naluri ibunya ketika itu mengatakan Dheper tidak akan kembali ke tanah air dengan tangan kosong.

“Saya tersenyum bangga apabila mereka mengumumkan dia sebagai Miss Teen Elegance. Ia membuktikan bahawa wanita Malaysia terserlah keanggunan mereka,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Muhammad Faiz Haizat Raih Emas Di Dubai

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

 Banjir Landa Dubai

3

Politik 7 bulan yang lalu

Politik Negara Stabil, Berjaya Tarik Pelabur Asing - PM

4

Jelajah 8 bulan yang lalu

Galeri Haji Pulau Pinang Diiktiraf MBOR Sebagai Galeri Haji Pertama Malaysia

Sorotan

1

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

2

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

5

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

6

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

7

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

Disyorkan untuk anda

Selera 38 minit yang lalu

Selepas 50 Tahun, Bubur Lambuk Tetel Masjid Jorak Elahi Tetap Diminati

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 1 hari yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN