Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Minggu Fesyen Lelaki Milan Merindukan Musim Dingin Yang Cerah

Trend Minggu Fesyen Lelaki Milan Luruh-Dingin 2021 Norma Baharu.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2021 1:54PM

Gambar: Zegna.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fabrik yang selesa, warna-warna cerah dan celana pendek musim sejuk, semuanya dipamerkan di Milan Fashion Week 2021, sebelum koleksi untuk musim luruh-dingin 2021 ini tersimpan kemas di belakang pentas akibat gelombang kedua COVID-19. 

Ibu kota fesyen Itali kembali dikenakan perintah berkurung, dengan deretan rumah-rumah fesyen mewah terpaksa ditutup. Pereka-pereka fesyen pun tak senang duduk, mendekati pendekatan baharu untuk mengendali norma baharu dunia fesyen lelaki. 

Pentas peragaan kali ini digantikan dengan persembahan video prarakam, siaran langsung melalui laman web rasmi jenama atau gabungan kedua-duanya serta pelbagai lagi cara persembahan artistik.

Seorang model kelihatan mengangkat gagang telefon dalam persembahan video Ermenegildo Zegna, sementara Silvia Fendi memperkenalkan dirinya sendiri melalui suara latar untuk pentas peragaannya.

Untuk Tod's pula, kelihatan pelakon Itali Lorenzo Zurzolo meninggalkan pesanan telefon, menceritakan kisah kesepiannya selepas seminggu menginap di sebuah vila terpencil sendirian.

 

BERGAYA SELESA

Terdapat tanda-tanda gaya selesa pada gaya luaran. Fendi menawarkan kemeja tanpa lengan, dipadankan dengan mantel yang menghangatkan. Semuanya dibuat daripada bahan yang menjanjikan kelonggaran, lembut untuk menghadapi hembusan bayu sejuk. Selendang dan jubah santai juga dipamerkan oleh Zegna, sementara koleksi jenama jaket K-Way mengaburkan garisan antara pakaian aktiviti luar dan pakaian santai di rumah.

 

BERANI BERCELANA PENDEK

Sepertinya, rumah-rumah fesyen mengharapkan sang lelaki memperlihatkan kaki mereka di musim sejuk tahun ini, dengan Fendi menawarkan celana pendek berona warna-warni dan K-Way memberi fokus pada warna kuning, jingga dan biru.

Dengan rekaan berani menahan kesejukan ini, pereka fesyen menutupi bahagian lain bagi mengimbanginya. MGSM memadankan seluar pendek bermuda dengan sarung tangan ski. ETRO pula mengimbanginya dengan jaket kait tebal.

WARNA DAN CAHAYA

Rona warna terang dan kontra dilihat seperti suatu hal yang wajib untuk musim sejuk kali ini. ETRO memainkan rona emas dalam kebanyakan koleksinya, sementara Prada bersahabat dengan warna merah, merah jambu, lembayung dan magenta. Fendi pula memilih tona monokrom dalam seleksi hijau zamrud, merah darah dan kuning cempaka. 

TERUS MELANGKAH

Model kelihatan gembira dan menari kecil sepanjang minggu fesyen kali ini. Majoriti pakaian dibikin untuk memberi impak pergerakan yang mudah. Fleksibel. Prada dengan baju kait yang selesa dan Tod’s dengan kot oversized. - AFP, 28 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 hari yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Anwar Pelawa Firma Perniagaan Jerman, Eropah Melabur Di Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 23 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran