web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tangkap Haruan Sambil Jalin Ukhuwah Kaki Pancing

Pertandingan yang diadakan di Mukim Pohon Tanjung, Pasir Mas, kelmarin, turut menarik penyertaan pemancing dari Pahang, Johor dan Terengganu.

Gaya Hidup Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 10:00AM

Para pemancing memenuhi pelusuk sawah yang masih ditenggelami air untuk memancing ikan haruan pada pertandingan 'Flood Haruan Challenge' di Kampung Mukim Pohon Tanjung - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Banjir yang belum surut sepenuhnya tidak menjadi penghalang kepada kaki pancing melepaskan ‘gian’ untuk ‘bertarung’ dengan ikan, malah musim ini dianggap waktu paling sesuai untuk mereka menangkap haruan yang kebiasaannya berada di paya yang sukar dibolosi.

Justeru, Kelab Sukan dan Rekreasi Pasir Mas Caster mengambil kesempatan itu dengan menganjurkan pertandingan memancing ‘Flood Haruan Challenge’ yang berjaya menarik penyertaan hampir 200 kaki pancing.

Menurut wakil penganjur, Yusri Yusuf, 49, pertandingan yang diadakan di Mukim Pohon Tanjung, di sini kelmarin, turut menarik penyertaan pemancing dari Pahang, Johor dan Terengganu.

Tinjauan Bernama mendapati suasana ketika pertandingan bagaikan pesta apabila peserta memenuhi hampir segenap kawasan yang digenangi air termasuk di sekitar rumah penduduk, dalam misi menangkap haruan.

“Acara ini memang bergantung sepenuhnya kepada musim monsun yang membawa kepada banjir di pantai timur. Tujuan kami menganjurkan pertandingan ini juga untuk menjalinkan ukhuwah dalam kalangan kaki pancing,” katanya.

Yusri berkata pertandingan yang memasuki edisi kelapan itu turut membuka peluang kepada peniaga kecil di sekitar kawasan berkenaan menjana pendapatan.

Sementara itu, mekanik dari Pasir Puteh, Wan Eruang, 41, berkata dia hanya mahu mencuba nasib menyertai pertandingan itu selain melepaskan gian setelah beberapa hari tidak memegang joran.

“Biasanya selepas banjir peluang untuk dapat ikan haruan lebih tinggi. Ini kerana paras air yang meningkat telah membawa haruan yang selama ini bersembunyi di paya ke tebing daratan,” kata pemancing tegar itu.

Mohd Zarif, 28, dari Tumpat pula berkata dia tidak akan melepaskan peluang untuk keluar memancing setiap kali banjir mula surut kerana pada waktu itu lebih mudah untuk mendapat ikan.

“Selain itu dapat juga saya berkumpul dan meluangkan masa bersama rakan-rakan yang ada antaranya sudah lama tidak bertemu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 8 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden