Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ibarat Badai Semalam Versi Baharu, Mampukah Aira Mengetuk Hati Hayyat Dalam Drama Sekali Lagi Cinta Kembali? 

Drama bersiri 28 episod terbitan A. Aida Production Sdn Bhd dan arahan Riza Baharuddin ini diinspirasikan daripada novel 'Sekali Lagi Cinta Kembali' karya Anna Milia dan hasil nukilan skripnya ditulis, Rehal Nuharis.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 6:00PM

Drama bersiri ini mula ditayangkan di slot Akasia TV3 sejak 13 September lalu. - Gambar ihsan A Aida Production

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perempuan sering menutup pintu hati mereka untuk bercinta lagi kerana bimbang akan dilukai. Tapi, bagaimana pula kalau lelaki yang menutup pintu hatinya buat mana-mana perempuan kerana dihimpit dosa-dosa lalu akibat sejarah hitamnya? 

Inilah tarikan yang ada pada drama bersiri, 'Sekali Lagi Cinta Kembali' arahan Riza Baharudin yang dibintangi barisan pelakon handalan tanah air seperti Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim, Zaki Azeman, Izzendra, Siti Hariesa, Syamim Farid, Fazlina Ahmad Daud dan Kismah Johar.

Gambar ihsan A Aida Production
Gambar ihsan A Aida Production

Drama bersiri 28 episod terbitan A. Aida Production Sdn Bhd diinspirasikan daripada novel 'Sekali Lagi Cinta Kembali' karya Anna Milia dan hasil nukilan skripnya ditulis, Rehal Nuharis.

Aira (Siti Khadijah Halim) adalah seorang gadis yang lantang bersuara tanpa berfikir dahulu. Selepas melakukan kesilapan mengambil alih tugas kaunselor secara tiba-tiba sewaktu ketiadaan Doktor Halina di pusat kaunseling, Aira secara tidak sengaja telah mengeruhkan keadaan dan mengakibatkan Alisa (Izzendra) dan Zafran (Zaki Azeman) bercerai kerana nasihatnya. 

Oleh kerana Zafran terlalu marah, dia telah mendesak Aira untuk mengganti rugi keadaan itu dengan bekerja di rumahnya sebagai penjaga Nek Som yang pelupa dan mengidap penyakit jantung.

Gambar ihsan A Aida Production
Gambar ihsan A Aida Production

Sebaiknya bermula tugas menjaga Nek Som, adik kepada Zafran, Hayyat (Aniq Suhair) merasakan segala tindak tanduk Aira tidak kena di matanya. Namun, Aira tetap menjaga Nek Som dengan penuh kasih sayang. Kemuliaan hati Aira itu membuka mata Hayyat tanpa disedari, tetapi dek rahsia yang disimpan dia tekad tidak ingin membuka hatinya kepada mana-mana perempuan. 

Perasaan cinta mula berputik di hati Aira, dia yakin cinta Hayyat memang untuknya walaupun dia tidak menzahirkan perasaan cinta tersebut. Dapatkah Hayyat mengatasi kisah silamnya demi kasih kepada Aira? 

Gambar ihsan A Aida Production
Gambar ihsan A Aida Production

Apakah rahsia gelap Hayyat yang dirahsiakan dan membuatnya tekad untuk tidak bercinta lagi? Bolehkah Aira menerima kekurangan Hayyat dalam mencari bahagia mereka? 

Saksikan drama terbaharu 'Sekali Lagi Cinta Kembali' ini yang telah pun ditayangkam di slot Akasia TV3 sejak 13 September lalu, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam serta melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama. – Getaran, 16 September 2022

Gambar ihsan A Aida Production
Gambar ihsan A Aida Production

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

Amelia Henderson Berjaya Tangguh Permohonan Maaf, Ganti Rugi RM200,000

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

Amelia Henderson Fail Rayuan Terhadap Perintah Bayar Ganti Rugi Lebih RM200,000 Kepada A. Aida

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

“Impian Saya Nak Jadi Hartawan Dan Selebriti Yang Ada Wang Berkepuk-Kepuk" - Aniq Suhair 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Isu Langgar Kontrak, A. Aida Harap Generasi Pelakon Muda Akan Ambil Iktibar Terhadap Kes Amelia Henderson

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran