Berita Terkini

9 jam yang lalu: Seludup dadah, 9 PATI Thailand ditahan di Korea Selatan 9 jam yang lalu: Afghanistan terima bantuan tunai US$40 juta 9 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 9 jam yang lalu: Pemimpin parti politik komited capai sasaran 30 peratus wanita calon PRU-15 11 jam yang lalu: DUN Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hanya akan bubar tahun hadapan - Majlis Presiden Pakatan Harapan

IKUTI KAMI


Ulasan Filem Pengabdi Setan 2 Communion: Satira Sebuah Filem Seram

Joko Anwar sangat berani meneruskan sekuel kerana tidak sedikit pengarah filem yang gagal memberikan impak lebih baik berbanding filem pertama dari mana-mana sekuel mereka.

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 8:32PM

Pengabdi Setan 2 Communion - Gambar ihsan GSC Cinema 

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas kejayaan filem seram KKN Di Desa Penari beberapa bulan lalu, kini sebuah lagi filem seram dari negara seberang singgah ke layar perak negara. Kali ini ia menampilkan naskhah Joko Anwar, pengarah kebanggaan industri seni Indonesia. 

Kejayaan filem seram Pengabdi Setan lima tahun lalu membuatkan namanya semakin mendapat perhatian di Malaysia.

Kini, dia hadir dengan sebuah sekuel menerusi Pengabdi Setan 2 Communion. Jujurnya, Joko Anwar sangat berani meneruskan sekuel kerana tidak sedikit pengarah filem yang gagal memberikan impak lebih baik berbanding filem pertama dari mana-mana sekuel mereka.

Mari kita imbau sedikit perjalanan cerita ini. Ia mengisahkan tentang Mawarni yang memuja setan untuk menjadi seorang penyanyi. Dia kemudian mendapat anak iaitu Rini, Toni, Bondi dan Ian.

Namun, ketika Mawarni ingin berhenti memuja setan, timbul bermacam kejadian aneh. Dia akhirnya meninggal dunia namu, ngerinya masih bersisa.

Gambar ihsan GSC Cinema 
Gambar ihsan GSC Cinema 

Maka sekuel bagi filem kali ini yang diterbitkan RAPI Films menceritakan lanjut, lebih jelas dan dalam apa yang berlaku setelah kejadian itu. Bapak membawa anak-anaknya tinggal di sebuah rumah flat atau dipanggil rumah susun yang sangat daif. Sosio ekonomi keluarga jatuh merudum setelah kematian Mawarni. 

Joko Anwar membuka filem sekuelnya ini dengan begitu cantik sekali, terus kepada sebuah persoalan memancing penonton untuk berfikir bagi menyelesaikan sebuah teka-teki.

Penulis merasakan naskhah ini dicipta dan dihasilkan dengan berhati-hati sekali.

Ada banyak sub plot dalam filem ini namun ia dikait cantik oleh Joko Anwar. Padanan jalan ceritanya kemas, tidak terasa seperti dipaksa-paksa. 

Bercakap tentang sebuah naskhah seram, ada banyak elemen yang selalunya dipilih pengarah untuk memastikan naskhahnya cukup membuat orang meremang.

Ia dipadatkan dengan aksi jumpscare, visual hantu, pemilihan warna dan semestinya skor muzik sepanjang penceritaan. Joko Anwar nampaknya cemerlang memainkan kesemua elemen ini. 

Gambar ihsan GSC Cinema 
Gambar ihsan GSC Cinema 

Walaupun begitu, kerana ada unsur-unsur jenaka yang diciptakan Joko Anwar secara bersahaja, ia mungkin mengganggu momentum keseraman penonton dan dikatakan mencacatkan sebuah naskhah seram, namun penulis merasakan ia adalah sisi bijak Joko Anwar yang boleh bermain-main dengan perasaan penonton di tengah-tengah ketegangan perasaan.

Namun begitu, apa yang membezakan Pengabdi Setan 2 berbanding filem seram yang lain adalah ia sebuah satira yang dijalin berangkai dalam cerita utama Bapak dan keluarganya.

Dari babak ke babak, Joko Anwar menyindir pemerintah dan bagaimana sebuah perumahan untuk penempatan orang miskin di bina di semua tanah yang bila-bila masa sahaja boleh banjir. Dalam kata lain, pemerintah sudah menyediakan tiket awal untuk orang miskin mati. 

Gambar ihsan GSC Cinema 
Gambar ihsan GSC Cinema 

Tidak bermaksud spoiler, namun ada sebuah babak kanak-kanak berebut duit syiling menunjukkan betapa miskin, betapa terdesaknya hidup orang-orang  ketika itu sehingga sanggup mengenepikan soal nyawa demi wang yang nilainya tidak seberapa. 

Bukan itu sahaja, Joko Anwar membahaskan bagaimana sebuah keluarga kucar-kacir hanya kerana seorang bapa yang kaki pukul. Mereka terperangkap dalam kehidupan gelap itu di sebuah rumah susun. Kerana miskin, itu sahajalah kehidupan yang mereka ada. Satira inilah yang menjadikan filem ini ada nilai mahalnya tersendiri.

Walaupun Act 1 dan Act 2 filem ini sangat cemerlang, namun penulis merasakan Act 3 filem ini seperti terburu-buru. Walaupun ia menjawab semua teka-teki yang dicetuskan di awal filem, namun ia terlalu mudah diselesaikan.

Terlalu sekejap dan tidak dramatis. Penulis menjangkakan penutup yang lebih mencabar atau lebih menghimpit dada namun ternyata boleh-boleh sahaja.

Gambar ihsan GSC Cinema 
Gambar ihsan GSC Cinema 

Selain itu, penulis tetap merasakan Pengabdi Setan 2 adalah sebuah naskah cemerlang. Plotnya jelas, garapannya lancar, pelakonnya menjadi, pergerakan kameranya tidak culas, skor muziknya menggerunkan. 

Ia memang memberikan aura seperti sebuah filem seram antarabangsa. Adakah penulis bakal menonton sambungan Pengabdi Setan untuk sekual ketiganya? Sudah semestinya kerana pengarahnya seorang Joko Anwar. - Getaran, 18 Ogos 2022

Rating: 4 Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 5 hari yang lalu

Filem Seram Tempatan 'Don't Look At The Demon' Berjaya Masuk Pasaran Amerika Utara - Zahidi

2

Filem & TV 6 hari yang lalu

'Born To Fly' Kejutkan Peminat, Tayangan Dibatalkan Meskipun Kutipan Tiket Pra Tayangan Melebihi RM20 Juta

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Gauri Khan Tinggalkan Komen Lucu Lihat Posting Seksi Shah Rukh Khan Tidak Berbaju 

4

Selebriti 1 minggu yang lalu

'Tak Perlu Panggil Saya Adik Syafiq Kyle, Saya Juga Punya Nama' – Syazwan Razak

Sorotan

1

Apa Keperluan Adakan PRU-15 Ketika Banjir?, Kepercayaan Terhadap PM Masih Solid

2

Berani Mengaku Bersalah, Zul Ariffin Dipuji Netizen

3

Kerajaan Tak Bercadang Tawar Ganjaran Kesan Jho Low, Red Notice Sudah Memadai

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

Fouziah Gous Pertahankan Gelaran ‘Datuk’ Suami

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 1 hari yang lalu

Terjun Ke Bidang Lakonan, Aya Amiruddin Tak Sempat Update TikTok

Tidak hanya membintangi drama rantaian 16 episod, Aya baru sahaja membintangi sebuah pementasan teater 'Maduku Terpaling Kalut'

oleh Wafa Aula

Selebriti 1 hari yang lalu

BTS ARMY Dan Blackpink Blinks Gaduh Teruk Kerana Gambar Intim V Dan Jennie, Gurumi Haribo Pula Curahkan Minyak Di Dalam Api

Gurumi Haribo dilaporkan merancang untuk berdepan dengan Jennie di Paris untuk memintanya menjawab tentang kesahihan mengenai khabar angin bahawa dia dan V seda...

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Senarai Tontonan Netflix Terbaru Untuk Anda, Bulan Oktober Yang Penuh Seram Ini!

oleh Rubini Nagarajah