Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Walau Sudah Lanjut Usia, Datuk Awie Tetap Usaha Dapatkan Segulung Ijazah

Belajar itu bukanlah sesuatu yang mempunyai tarikh luput dan semua berhak menimba ilmu, tidak kira pada usia berapa pun.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 12:00PM

Watak yang dimainkan Awie (kanan) adalah seorang warga tua yang menyambung pengajian di menara gading. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kepentingan menimba ilmu tiada terhadnya kepada pelbagai lapisan usia dan latar belakang masyarakat kerana ia mampu melahirkan individu yang berkemahiran tinggi dan mewujudkan masyarakat yang relevan dan berdaya saing.

Hal ini sangat disedari Datuk Awie sehingga dia turut mengambil inisiatif untuk menyambung pengajian di menara gading untuk mendapatkan segulung ijazah dan dia berusaha merealisasikan impian tersebut menerusi watak sebagai Jaafar dalam drama bersiri ‘Kids Nowdays’.

Drama terbitan pasangan suami isteri, Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Mohd Yusof di bawah rumah produksi Suhan Movies ini berpaksikan semangat dan harapan bukan sahaja kepada generasi muda tetapi juga warga tua yang ingin mencapai impian untuk berjaya.

Selain Datuk Awie, ‘Kids Nowadays’ yang diarahkan sutradara Ejump Mohammad turut didukung barisan pelakon berbakat seperti Marissa Yasmin, Hasnul Rahmat, Wan Sharmila, Alvin Chong, Wanna Ali dan Nafiez Zaidi.

Menurut Ejump, belajar itu bukanlah sesuatu yang mempunyai tarikh luput dan semua berhak menimba ilmu, tidak kira pada usia berapa pun.

“Walaupun sudah tua, anda masih berhak mengejar impian untuk menggenggam segulung ijazah. Memang jarang sekali kita memperlihat drama yang fokusnya ke arah pendidikan untuk orang warga tua.

“Tapi, itulah  yang saya ingin gambarkan dalam ‘Kids Nowadays’ dan pengambilan Datuk  Awie sebagai ‘warga tua’ dan watak utama dalam drama ini merupakan sesuatu yang sangat sempurna.

“Dia mempunyai ‘star value’ yang mengejutkan kami semua dengan membawakan watak yang belum pernah ditunjukkan lagi sebelum ini.

“Saya sendiri teruja dengan Datuk Awie yang kita semua lihat dari kecil lagi. Penonton pasti akan terhibur dengan lakonannya yang lucu tetapi kena,” katanya.

Menurut Ejump lagi, dia turut menggabungkan Datuk Awie dengan pelakon-pelakon generasi baharu buat pertama kalinya.

“Keserasian antara dia dan Alvin Chong memang hebat. Kerjasama yang mereka berikan membuatkan saya puas hati dengan hasil cerita ini.

“Saya tidak pernah terfikir akan mengarah Datuk Awie. Dia sangat membantu dalam babak-babak pergaduhan,” katanya. 

Namun, Ejump turut berhadapan dengan cabaran tertentu sewaktu mengarahkan drama bersiri, ‘Kids Nowadays’ ini.

“Cabaran utama yang saya hadapi adalah dari sudut penceritaannya sendiri. Susahnya drama ini kerana ia bukan a love story ataupun cerita-cerita cinta Melayu yang biasa.

“Ini tentang orang tua yang ingin belajar di universiti. Itu adalah cabaran saya kerana perlu idea-idea yang kreatif untuk menghasilkan gambaran yang boleh menarik minat orang ramai untuk menonton.

“Kalau kita bawa cerita yang lain daripada apa yang orang selalu tonton, kita perlu jadi lebih kreatif untuk membuatkan cerita itu menyerlah. Jadi apabila saya perlu mencari idea baharu untuk menarik audiens ke drama ini, memang susah.

“Saya berharap penonton akan terhibur dengan penceritaan yang ingin disampaikan dan pada masa yang sama dapat membuka mata mereka yang mempunyai impian yang sama untuk belajar tetapi malu kerana faktor usia.

“Penonton juga akan melihat pelbagai isu yang diketengahkan. Dalam kita berhibur, ada terselit beberapa pengajaran dan moral yang berguna untuk semua,” katanya.

Penceritaan drama bersiri 20 episod ini mengisahkan Jaafar, seorang bapa dalam lingkungan 50-an yang bercita-cita untuk mendapatkan segulung ijazah.

Perjalanan Jaafar sebagai seorang pelajar universiti yang berusia dipenuhi dengan pelbagai kerenah dan cabaran apabila dia berkenalan dengan rakan yang sama fakulti dengannya, Farhan dan juga dua orang senior yang sering membuli, Eddy dan Syafiq.

Pertemuannya dengan Hanna, seorang pensyarah muda yang menaruh hati padanya mula dicemburui oleh Eddy. Namun di sebalik impian yang ingin dikejar, terdapat satu sebab yang membuatkan Jaafar terus bertahan.

‘Kids Nowadays’ mula ditayangkan di Astro Ria sejak 15 Ogos lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. - Getaran, 17 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 9 bulan yang lalu

Selepas 8 Tahun Tidak Bertemu, Datuk Awie Bersyukur Akhirnya Bakal Beraya Bersama Dua Anaknya Pada Aidiladha Ini

2

Muzik 10 bulan yang lalu

Setelah Puas Rocking, Awie Akan Persembahkan Pula Lagu Keroncong Bersama Yusni Hamid, Khatijah Ibrahim Dan Alyah  

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Ini Permainan Politik, Kelantan Sudah Lama Jahanam, Bukan Salah Wings - Awie

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ada Beza Rockers Dan Beruk, Jangan Bawa Masalah Rumah Ke Pentas - Awie

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Muzik 18 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Filem & TV 13 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21