Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kejayaan Filem Mat Kilau Bukti Dasar Kerajaan Tepat, Bantu Penerbit Tempatan

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terbitan Studio Kembara Sdn Bhd yang meraih RM43.9 juta jualan tiket panggung dalam masa 12 hari, merupakan antara penerima sokongan dan galakan daripada kerajaan.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 6:20PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejayaan filem dan penerbitan yang menerima dana galakan daripada kerajaan membuktikan dasar serta program yang disalurkan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) adalah tepat dalam membantu penerbit filem tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terbitan Studio Kembara Sdn Bhd yang meraih RM43.9 juta jualan tiket panggung dalam masa 12 hari, merupakan antara penerima sokongan dan galakan daripada kerajaan.

Filem arahan Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-28, Syamsul Yusof itu menerima Dana Kandungan Digital (DKD) dengan jumlah geran Dana Produksi sebanyak RM1.5 juta dan Dana Pemasaran RM300,000.

Katanya proses suntingan filem itu pula telah dilakukan menggunakan studio yang dibangunkan Finas iaitu Studio Mixstage, Kompleks Studio Merdeka. 

“Prestasi memberangsangkan filem ini dengan kutipan pecah panggung memberi sinar kepada industri perfileman negara. Sambutan penonton bukan sahaja di Malaysia malah Singapura dan Brunei, sekali gus membuktikan kekuatan jenama filem tempatan dalam meraih kepercayaan penonton ke pawagam setelah berhadapan cabaran pandemik COVID-19.

“Ini juga membuktikan kekuatan cerita tempatan yang diinspirasikan daripada sejarah dan warisan diterima penonton, selain mempunyai potensi besar untuk diangkat ke layar perak. Bagi Finas pencapaian filem ini amat menggembirakan dan menyuntik semangat warganya untuk membantu penggiat industri perfileman tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Md Nasir berharap sambutan hebat kepada filem Mat Kilau itu akan terus menjana sokongan terhadap penontonan filem tempatan selepas ini, selain memberi galakan kepada penerbit meningkatkan penghasilan karya berkualiti yang mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Beliau turut mengingatkan tanggungjawab penggiat industri yang menerima peruntukan agensi itu, supaya terus mematuhi perjanjian kontrak dan memberi kredit sewajarnya kepada pihak kerajaan, K-KOMM dan Finas seperti yang termaktub dalam terma perjanjian tersebut.

Dalam pada itu, Md Nasir berkata Finas juga komited dalam membantu meringankan beban penerbit melalui Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) sejak 1 Julai 2011 yang menggantikan Pemberian Galakan Pungutan Duti Hiburan.

“Insentif ini adalah ihsan kerajaan dalam membantu penerbit dan pengeluar filem tempatan yang perlu membayar cukai hiburan sebanyak 25 peratus kepada kerajaan negeri, yang sudah tidak lagi disalurkan semula kepada Finas sejak tahun 2000.

“Finas meneruskan insentif ini kerana menyedari kepentingan industri yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Berdasarkan hasrat dasar ITFC itu, filem seperti Mat Kilau berpeluang menerima pulangan RM500,000 kerana kutipan tiket melebihi RM6 juta,” katanya.

Selain itu, menurutnya agensi itu akan mengadakan pertemuan dengan pihak pempamer dan penerbit filem tempatan pada Khamis ini (7 Julai) bagi melihat semula agihan keuntungan jualan tiket filem antara kedua-dua pihak agar mencapai keputusan serta garis panduan yang lebih jelas dan adil. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

3

TARA 10 bulan yang lalu

FINAS, Promasta Anjur Kursus Cungkil Bakat Lagak Aksi

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Pandelela Diangkat Sebagai Ikon Perpaduan Negara

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Filem & TV 3 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 18 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran