Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ulasan Filem: 'Godzilla Vs Kong'

Apa agaknya yang akan terjadi kala dua raksasa paling popular di layar perak bertarung? Kami ada ulasannya.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah lagi filem yang sudah lama dinanti-nantikan oleh peminat dunia raksasa dan sains fiksyen akhirnya menemui penonton dunia bulan ini.

Jika disebut nama Godzilla, raksasa reptilia fiksyen paling popular dari Jepun, pasti ramai yang sudah dapat membayangkannya kerana kekukuhan kewujudannya dalam budaya popular. 

Dengan semburan api dari mulutnya yang mampu memusnahkan makhluk hidup dan persekitarannya, raksasa ini rupa-rupanya bukanlah musuh tetapi pelindung manusia daripada kuasa jahat lain yang cuba mengganggu ketenteraman dunia. 

Ini dijelaskan melalui filem-filem sebelumnya yang pernah menunjukkan raksasa ini membantu manusia mengalahkan musuh-musuh mereka.

Seterusnya watak King Kong juga bukanlah nama asing dalam budaya popular masa kini. Sudah wujud sejak 1930-an , gorilla gergasi ini juga mencuri perhatian dunia layar perak kerana gangguan manusia yang ingin memusnahkan tempat tinggalnya.

Dengan kebijaksanaan penerbit filem masa kini, dua watak ini akhirnya dipertemukan dalam sebuah cerita untuk menunjukkan kesan yang bakal berlaku jika mereka bertembung.

Gorilla Vs. Kong menyingkap bagaimana Kong diperlukan untuk menunjukkan tempat asal haiwan-haiwan raksasa sepertinya yang dikenali sebagai Titans selepas Godzilla tiba-tiba menyerang kota Florida secara mendadak.

Tidak mengetahui punca utama mengapa Godzilla tiba-tiba bertindak menyerang manusia, para saintis di syarikat pencipta teknologi APEX menyimpan teori bahawa mereka perlu mencari sumber kuasa yang ada pada Godzilla yang dikatakan terletak di rongga Bumi. Namun untuk mengesan lokasi rongga Bumi ini, Kong dikerah untuk membantu mereka.

Namun dalam proses untuk ke rongga Bumi, Godzilla cuba menyekat perjalanan dan memulakan pertarungan dengan Kong. Dari situ bermacam-macam persoalan mula terjawab dan merungkai beberapa misteri kewujudan kedua musuh ketat ini.

Sungguhpun begitu di sebalik aksi pertarungan dua raksasa ini, filem ini ada sedikit kekurangan dalam jalan ceritanya kerana terdapat beberapa babak yang tidak begitu jelas buat para penonton. Khasnya tika Kong menemui Rongga Bumi (Hollow Earth) dan tempat asalnya.

Walau bagaimanapun, mungkin para penonton akan membuat andaian masing-masing dengan teori-teori mereka tersendiri selepas menyaksikan filem ini sendiri.

Jika anda memang peminat filem-filem sedemikian anda mungkin akan menyukai aksi pertaruhan raksasa-raksasa ini, namun kami yakin akan ada beberapa pertanyaan yang akan timbul selesai menonton. 

Sungguhpun begitu, buat tujuan hiburan, filem ini memenuhi kriteria asasnya.

Gorilla Vs Kong sudah mula ditayangkan di pawagam terpilih Malaysia bermula 25 Mac 2021. – Getaran, 30 Mac 2021. 

Semua gambar: Warner Bros.

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 11 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki