Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Malaysia Raih Nilai Jualan RM158.7 Juta Di Marche Du Film, Langkau Sasaran RM50 Juta

Nilai jualan itu merangkumi potensi jualan dan jualan yang telah dimuktamadkan.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 2:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyertaan delegasi Malaysia di pasaran filem antarabangsa terbesar dunia, Marche Du Film, di Cannes, Perancis bulan lepas membuahkan hasil memberangsangkan apabila berjaya memperoleh hasil keseluruhan nilai jualan sebanyak RM158.7 juta, melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu RM50 juta.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata nilai jualan itu merangkumi potensi jualan dan jualan yang telah dimuktamadkan.

Annuar Musa - Gambar Alif Omar
Annuar Musa - Gambar Alif Omar

"Ini membuktikan bahawa industri kreatif tempatan sememangnya mempunyai nilai pasaran tersendiri jika semua pihak (kerajaan dan swasta) berganding bahu dalam meningkatkan keterlihatan Malaysia di peringkat global," katanya dalam kenyataan hari ini.

Marche Du Film adalah perhimpunan terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran.

Sebanyak 250 syarikat dari 110 negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari itu bermula 17 hingga 25 Mei lepas.

Delegasi Malaysia terdiri daripada agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selaku urusetia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Annuar berkata kerajaan dan 13 syarikat tempatan merangkumi penerbit filem, pembekal khidmat produksi, penyelia fasiliti penggambaran dan syarikat animasi turut mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka dengan syarikat serta badan terkemuka dunia seperti Warner Brothers, Sony Pictures, Netflix, BBC dan Canal+.

"Bagi mengetahui cara dan pendekatan terbaik untuk produk kandungan Malaysia mendapat pengiktirafan di festival atau pasaran antarabangsa, delegasi turut bertemu penganjur festival dan pasaran filem antarabangsa seperti Marche Du Film, Busan Film Festival, Udine Film Festival, FOCUS Location Expo dan American Film Market,” katanya.

Selain itu, beliau berkata penganjuran forum antarabangsa 'Malaysia - The Heartbeat of Asia' turut membuka laluan mempromosi Malaysia sebagai hab penggambaran antarabangsa dengan penawaran rebat tunai sehingga 35 peratus melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) sebagai daya penarik utama.

"Semua ini membuktikan pihak kerajaan amat menyokong dan penuh komited dalam membangunkan ekosistem industri kreatif Malaysia di taraf antarabangsa," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Manfaatkan Cuti Hujung Minggu Ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Maut Ditikam Berhampiran Menara Eiffel Di Paris

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PDRM Terima 37 Laporan Berhubung Ancaman Bom Palsu Di Seluruh Negara

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Muzik 47 minit yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN

Selebriti 12 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar