web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


K-Komm Segerakan MoU Dengan Negara Asean, Tingkat Pasaran Industri Termasuk Perfileman

Untuk permulaan, memorandum persefahaman (MoU) berkaitan usaha itu akan diwujudkan.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 12:46PM

Annuar Musa (dua dari kiri) beramah mesra dengan barisan pelakon filem 'Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan' ketika menghadiri tayangan khas filem tersebut di Golden Screen Cinema (GSC). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan menyegerakan inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan negara-negara ASEAN bagi memperluaskan pasaran industri telekomunikasi dan industri kreatif termasuk perfileman, kata Menterinya, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya untuk permulaan, memorandum persefahaman (MoU) berkaitan usaha itu akan diwujudkan.

“Pagi tadi saya ada sebut dalam mesyuarat pascakabinet supaya inisiatif ini mesti segera dimulakan oleh kementerian dengan mewujudkan MoU dengan semua negara ASEAN, tetapi boleh didahulukan dengan negara-negara yang bersempadan.

“Saya nak tengok ada satu MoU yang jelas meneroka kerjasama dan jangan tunggu orang datang melamar kita, kita kena berani keluar jangan duduk dalam kepompong. Kita ada banyak perkara yang boleh bekerjasama dengan negara-negara lain dalam telekomunikasi dan industri kreatif termasuk perfileman,” katanya.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Annuar berkata demikian selepas menyaksikan tayangan khas filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan di Golden Screen Cinema (GSC), di sebuah pusat beli belah di sini malam tadi.

Beliau berkata ASEAN perlu dilihat sebagai satu wilayah ekonomi dan Malaysia perlu mengambil peluang itu dengan memulakan langkah pertama membentuk kerjasama dengan negara-negara lain.

“Jumlah penduduk dalam wilayah atau dalam ASEAN itu ratusan juta, bukan kecil, dan kita mempunyai kuasa membeli yang bagus, pertumbuhan ekonomi yang bagus. Kita ada banyak potensi, maka dalam dunia perfileman juga, kita mesti ambil inisiatif sendiri.

“Oleh itu kita boleh mula buat MoU, dan dalam MoU itu harap dapat senaraikan satu persatu, termasuk kerjasama dalam soal perfileman,” katanya.

Annuar turut berkata sebelum ini pernah wujud MoU dengan negara-negara lain tetapi kebanyakan telah tamat tempoh sebelum dilanda pandemik COVID-19.

“Jadi semua ini mesti diperbaharui penekanan pasca COVID-19 dan ini penting kerana selepas COVID-19 semua negara berlumba-lumba untuk memulihkan ekonomi dan kehidupan masing-masing,” katanya.

Menyentuh mengenai Insentif Filem Malaysia (FIMI), beliau mengharapkan agar dana itu digunakan secara lebih meluas oleh penggiat industri susulan penerimanya agak rendah.

“Kita ada revolving fund sejumlah lebih RM300 juta tetapi jumlah penerimanya masih lagi rendah, kebetulan ada COVID-19 dan sebagainya. Saya nak tengok dana FIMI juga dapat dipergunakan sepenuhnya dengan menggalakkan inisiatif datang kepada kita untuk bekerjasama juga dengan produser-produser dari negara lain,” katanya.

Beliau turut meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengadakan dana khusus untuk menggalakkan filem yang dapat diterbitkan atau diarahkan bersama antara penggiat industri tempatan dan antarabangsa bagi memperluaskan pasaran perfileman.

Gambar IMDb
Gambar IMDb

Sementara itu mengulas filem ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’, Annuar turut menyeru penggiat industri filem tempatan untuk menghasilkan lebih banyak karya yang mempunyai nilai sejarah serta patriotisme.

Katanya ini kerana terdapat banyak episod sejarah negara yang boleh diketengahkan dalam bentuk perfileman untuk dikongsi dan dipertontonkan kepada rakyat.

“Saya harap lebih banyak filem yang mempunyai nilai sejarah, pada masa sama bawa mesej baik kepada masyarakat kerana filem ini bukan hanya hiburan semata-mata tetapi ia mempunyai peranan tersendiri,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 tahun yang lalu

MoU LUC Dan Cengild Perkukuh Pendidikan Sektor Kejururawatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cybersecurity, Satisguard Meterai MoU, Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN