web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelakon Asing Jalani Penggambaran Di Thailand Diberi Pengecualian Cukai

Pengecualian cukai pendapatan peribadi selama lima tahun untuk pelakon asing yang menjalani penggambaran di negara itu, adalah sebahagian usaha untuk mempromosi Thailand sebagai destinasi penggambaran filem.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 5:00PM

Gambar Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kabinet Thailand meluluskan pengecualian cukai pendapatan peribadi selama lima tahun untuk pelakon asing yang menjalani penggambaran di negara itu, dalam usahanya untuk mempromosikan Thailand sebagai destinasi penggambaran filem.

Timbalan jurucakap kerajaan Rachada Dhnadirek berkata mesyuarat Kabinet pada Selasa yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha meluluskan pengecualian cukai itu.

Beliau berkata Thailand mengumpul purata 3.5 bilion baht setiap tahun daripada kru asing yang menjalani penggambaran di negara ini antara 2017 dan 2021.

"Thailand akan kerugian kira-kira 71.75 juta baht berikutan pengecualian cukai untuk bintang filem asing," katanya.

Pada masa ini, Rachada berkata Thailand menawarkan beberapa insentif kewangan untuk mempromosikan penggambaran filem asing dengan setiap syarikat produksi akan menerima rebat tunai sebanyak 15 hingga 25 peratus daripada perbelanjaan ditanggung di Thailand, yang dihadkan pada 75 juta baht.

Katanya, sebelum ini pelakon asing dikehendaki membayar cukai pendapatan peribadi daripada pendapatan mereka di Thailand, selain cukai yang perlu dibayar di negara asal. 

Cukai dua kali itu mungkin menghalang mereka daripada menjalani penggambaran di Thailand, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN