web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendedahan Luar Biasa Dalam ‘Elvis’

Filem biografi terbaharu tentang Elvis Presley, bintang paling laris di dunia akhirnya menemui peminat dunia filem sejagat.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 9:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Diabadikan sebagai penghibur paling laris di dunia, Elvis Presley sehingga kini belum ada pesaing biarpun terdapat ramai artis hebat yang muncul selepasnya.

Tahun ini sebuah filem yang mengungkap kehidupannya bakal dipertontonkan kepada pawagam dunia untuk mengetahui suka duka serta pahit maung yang pernah beliau lalui sebelum bergelar ikon hiburan.

Namun apa yang membezakan filem biografi ini adalah, ia diceritakan dari sudut pandang bekas pengurus Elvis Presley iaitu Colonel Tom Parker yang dilakonkan dengan hebat oleh pemenang aneka anugerah, Tom Hanks.

Pasti ramai yang tidak tahu (khasnya generasi muda) bahawa kejayaan Elvis banyak didorong oleh bekas pengurusnya itu.

Pada masa yang sama mungkin ramai juga yang tidak mengetahui tentang rahsia yang tersembunyi di balik perjalanan kerjaya seni Elvis Presley.

Lantas filem ini sedikit sebanyak menjadi satu sumber yang baik buat mereka yang ingin mengetahui tentang kehidupan serta kecemerlangan Elvis Presley sebagai penghibur.

Berkat sentuhan sutradara tersohor Baz Luhrmann yang terkenal dengan perincian mewah dalam setiap karyanya, filem Elvis ini menyaksikan Austin Butler melakonkan watak Elvis dengan begitu baik sekali.

Bukan sahaja lakonan hebatnya meninggalkan kesan, malah kemiripan wajahnya juga menjadi satu aset besar dalam penggarapan karya layar perak ini.

Filem dibuka dengan dialog yang diucapkan oleh Colonel Tom Parker, pengurus Elvis yang tika itu sedang sakit tenat di sebuah hospital sekitar tahun 1997.

Beliau mengimbau kenangan lama sewaktu memulakan kerjayanya dan menceritakan bagaimana dirinya bertemu dengan Elvis Presley.

Malah beliau juga menjelaskan bahawa dunia melabelkan dirinya sebagai penjahat dan penipu, selain penyebab kematian Elvis sendiri.

Dari situ pelbagai pendedahan bakal terbongkar tentang perjalanan hidup dan seni Elvis Presley.

Jadi sepanjang alur cerita filem ini, suara Colonel Tom Parker sentiasa ada sebagai suara latar dan diperkayakan lagi dengan persembahan visual hebat berkat sentuhan Baz Luhrmann.

Ini benar-benar memberikan jiwa pada filem tersebut kerana Elvis Presley sendiri memang terkenal dengan pakaian serta barangannya yang dirias dengan agak berlebihan berbanding bintang lain di dunia.

Malah cara penceritaan Baz juga tidak lekang sepanjang tayangan melalui indikasi penyelitan nama tempat dan waktu untuk setiap babak dengan aneka seni animasi serta kesan khas.

Sememangnya Baz memang sesuai menjadi pengarah filem ini kerana beliau juga seseorang yang arif dalam mengarah karya yang sarat dengan unsur muzik seperti Moulin Rouge dan juga The Great Gatsby.

Sesuai filem tentang penyanyi paling laris di dunia, olahan muzik dalam filem ini dilatarkan dengan sangat baik, tanpa menokok-tambah secara melampau.

Setiap senario yang menggambarkan persembahan nyanyian Elvis ditata dengan begitu teliti membuat penonton seolah-olah berada bersama mendiang Elvis Presley sewaktu menghiburkan ratusan peminatnya di konsert.

Malah emosi penonton juga bakal terbawa suasana saat watak-watak filem ini melakonkan adegan-adegan kemuncak yang menuntut perasaan sedih dan pilu serta babak-babak yang menggembirakan.

Semestinya karya ini akan dibandingkan dengan filem-filem biografi artis popular dunia lain seperti Bohemian Rhapsody, Rocketman dan sebagainya. 

Namun secara peribadi penulis merasakan karya ini memang sangat berkualiti dan mampu menggondol pelbagai anugerah.

Apa yang bakal membezakannya  dengan filem-filem biografi lain adalah sentuhan hebat Baz Luhrmann sebagai pengarah serta lakonan mantap Tom Hanks dan juga Austin Butler.  

Penulis yakin anda akan berpuas hati dengan setiap sen yang dikeluarkan untuk menikmati buah tangan terbaharu Hollywood ini!

Elvis bakal ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 23 Jun 2022. - Getaran, 23 Jun 2022

Rating : 5 getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN