web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Mahu Angkat Industri Perfileman Melalui Kerjasama Dengan Rakan ASEAN

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mahu melihat lebih banyak kerjasama terjalin, antara penggiat industri itu di Malaysia dan negara- negara ASEAN, selain di China, India dan Korea.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 4:57PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pegawai Eksekutif GDH Jina Osothsilp - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia mahu meningkatkan kerjasama dengan penggiat industri perfileman luar negara khususnya di negara-negara ASEAN, dalam usaha mengangkat industri perfileman negara ke tahap lebih tinggi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang kini dalam rangka lawatan kerja ke Bangkok berkata beliau mahu meninjau peluang kerjasama antara penerbit dan pengedar filem di rantau itu. 

Beliau mahu melihat lebih banyak kerjasama terjalin, antara penggiat industri itu di Malaysia dan negara- negara ASEAN, selain di China, India dan Korea.

“Kita tidak boleh tunggu untuk mereka datang. Kita perlu bertindak proaktf untuk membawa industri perfileman ke tahap berikutnya,” katanya kepada Bernama di Bangkok, hari ini.

Terdahulu, Annuar melawat Gross Domestic Happiness (GDH) Studio, salah satu studio filem terbesar di Thailand.

GDH merupakan pengeluar filem pelbagai genre dan drama termasuk filem Bad Genius, filem tahun 2017 yang mencatatkan kejayaan besar sehingga di peringkat antarabangsa.

Annuar turut mengadakan perbincangan dengan ketua pegawai eksekutif GDH Jina Osothsilp, untuk menjalin kerjasama dengan Thailand dalam industri perfileman. 

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Prof Dr Md Nasir Ibrahim.

Lawatan ke GDH turut memberi peluang kepada Annuar untuk melihat sendiri usaha dan dasar yang dilaksanakan di Thailand, untuk mempromosi dan menggalakkan industri perfileman.

Beliau berkata Malaysia dan Thailand sebelum ini telah menandatangani perjanjian secara bilateral dalam bidang-bidang seperti telekomunikasi, industri kreatif serta industri filem dan muzik.

Namun, berikutan pandemik COVID-19, perjanjian yang dicapai tidak dapat dilaksanakan dan oleh itu Annuar berkata beliau mahu inisiatif itu disambung semula. - Bernama

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN