web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem Tamil Malaysia Sasar Platform OTT

Diaspora Tamil yang besar menawarkan peluang kepada penerbit filem Tamil Malaysia untuk melangkaui dua atau tiga negara melalui platform penstriman.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 9:27AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Karya filem Tamil tempatan yang kini mula mendapat momentum di negara ini bercadang menawarkan hasil karya mereka di platform, Over-the-Top, iaitu saluran Netflix dan Amazon Prime, dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa dan mendapat pengiktirafan global.

Penerbit filem tempatan, Magendran Raman daripada Vikadakavi Production Sdn Bhd., berkata inisiatif ini perlu memandangkan kandungan filem Tamil tempatan semakin bertambah baik sejak kebelakangan ini dengan ramai penonton global menonton dan menikmati kepelbagaian kandungan.

“Jika diberi peluang, saya lebih suka mengetengahkan kandungan filem Tamil tempatan di Netflx kerana ia merupakan platform yang baik...pawangan hanya untuk kebanggaan.

“Kita perlu tahu siapa yang mengendalikan Netflix di Malaysia untuk kita menerokai peluang ini,” katanya kepada Bernama semasa wawancara untuk mempromosikan filem Tamil tempatan berjudul Arulmozhi di Wisma Bernama di sini, semalam.

Magendran mengulas mengenai cadangan awal oleh pemain industri untuk platform penstriman memberi lebih banyak kelonggaran kepada penerbit filem Tamil tempatan untuk bereksperimen dengan gaya naratif dan penceritaan unik mereka untuk pasaran Tamil.

Pelakon itu bersetuju bahawa diaspora Tamil yang besar menawarkan peluang kepada penerbit filem Tamil Malaysia untuk melangkaui dua atau tiga negara melalui platform penstriman.

"Tamil juga merupakan bahasa yang membolehkan anda pergi ke persada antarabangsa dengan mudah menyasarkan negara seperti India, Sri Lanka dan Singapura selain Malaysia," tambahnya.

Sementara itu, mengenai Arulmozhi yang mula ditayangkan sejak semalam, Magendran, yang turut membintangi filem itu, berkata ia adalah filem yang penuh emosi dan saspens.

Ia berkisar tentang seorang penyiasat persendirian yang tersilap menjadi pengawal semasa cuba mempertahankan rakannya dan keluarganya daripada geng militan berbahaya yang merancang untuk melepaskan bom kimia.

Pelakon bersamanya M. Nalina Devi itu berkata watak utama yang dilakonkan oleh Sangabalan Subramaniam yang juga penerbit filem itu menyembunyikan identiti sebenar beliau demi memberi keadilan untuk kebaikan yang lebih besar.

Pengeluar filem itu menjangkakan kutipan sekurang-kurangnya RM500,000. - Bernama

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN