web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembatalan Tayangan 'Lightyear' Keputusan Pengedar Filem - LPF

LPF dalam kenyataan hari ini menjelaskan filem tersebut telah diluluskan dengan arahan pengubahan yang sewajarnya, namun pengedar filem tidak bersetuju untuk mematuhi arahan berkenaan.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 2:01PM

Gambar BBC.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pembatalan tayangan filem animasi Lightyear di Malaysia adalah keputusan pihak pengedar filem iaitu The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd, menurut Lembaga Penapis Filem (LPF).

LPF dalam kenyataan hari ini menjelaskan filem tersebut telah diluluskan dengan arahan pengubahan yang sewajarnya, namun pengedar filem tidak bersetuju untuk mematuhi arahan berkenaan.

"LPF telah menonton tapis filem Lightyear dan telah memberikan keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) berserta klasifikasi P13 pada 30 Mei lepas.

"LPF mengarahkan supaya dibuat pengubahan (potongan) bagi adegan dan disenyapkan (mute) dialog yang didapati mengandungi elemen mempromosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang telah melanggar aspek utama di dalam Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010," katanya.

Berdasarkan kepada peruntukan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] dan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010, aspek-aspek yang akan dipertimbangkan oleh LPF sebelum meluluskan kandungan filem atau bahan publisiti filem termasuk keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya, dan ketertiban serta ketatasusilaan.

Menurut kenyataan itu, LPF akan terus komited melaksanakan tanggungjawab penapisan filem dan bahan publisiti filem yang ditayangkan atau dipamerkan untuk tontonan masyarakat umum di Malaysia.

LPF juga bertegas tidak akan berkompromi dengan kandungan filem yang mempromosi atau cuba menormalisasi unsur-unsur LGBT yang bertentangan dengan dasar negara yang tidak mengiktiraf gaya hidup LGBT.

Sebelum ini, filem Lightyear menjadi perbualan di media sosial susulan tidak akan ditayangkan di 14 negara Timur Tengah dan Asia termasuk Malaysia kerana mengandungi babak berunsur budaya songsang LGBT.

Filem itu yang sepatutnya membuka tirai di pawagam hari ini, merupakan prekuel kepada francais Toy Story yang diiktiraf oleh Pixar dan ia berkisar mengenai seorang renjer angkasa legenda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN