web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


9 Rancangan Terbaik Sempena Musim Haji Di TV AlHijrah

Sempena musim haji tahun ini, stesen TV yang mempromosikan gaya hidup islam iaitu TV AlHijrah menyediakan seleksi program menarik untuk ditonton sepanjang bulan Jun hingga Julai. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 6:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menggalas tanggungjawab besar sebagai stesen televisyen yang mempromosikan gaya hidup Islam, TV AlHijrah sentiasa meletakkan kepentingan dakwah Islamiah sebagai roh dan orientasi penyiarannya.

Ini termasuk meletakkan komitmen untuk menjadi stesen televisyen utama negara yang meraikan hari kebesaran Islam menurut sunnah Baginda Rasulullah S.A.W.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, berkata, TV AlHijrah masih mengekalkan tradisi sebagai sebuah stesen televisyen utama di Malaysia yang meraikan hari kebesaran Islam dengan penuh barakah. 

“TV AlHijrah memilih untuk meraikan Zulhijah secara umumnya dan Aidiladha secara spesifiknya dengan melancarkan kempen Program Haji 1443H bermula 20 Jun 2022 hingga 13 Julai 2022.

Pada tahun ini, tema Baitullah Bertemu Kembali diangkat menjadi latar, tema dan panduan kepada kandungan yang ditayangkan di stesen ini sepanjang kempen haji 1443H berlangsung.

Tema ini turut jelas menyatakan objektif penyiaran kami sepanjang Zulhijah ini iaitu menjadi stesen pemangkin inspirasi yang mendorong keinginan penonton semua untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah apabila berkemampuan,” katanya.

Katanya lagi, cabaran saban tahun dalam mencorak arah serta hala tuju program-program yang terbaik dan menarik untuk disajikan buat penonton tidak pernah mematahkan semangat stesen TV AlHijrah untuk terus berbakti kepada penonton.

“Jumlah tontonan TV AlHijrah pada kempen haji 1442H yang lalu iaitu pada tahun 2021 adalah sebanyak 3.3 juta tontonan. Jumlah ini amat memberangsangkan bagi stesen berkonsepkan Islam seperti kami. 

Jumlah tontonan ini juga telah menjadi pemangkin semangat serta suntikan motivasi untuk kami menghidangkan lebih banyak program menarik dan berkualiti pada tahun ini yang merangkumi program-program keagamaan, bual bicara, dokumentari, program masakan, rancangan khas seperti kapsul serta lintas langsung dari Mekah Al Mukarramah,” kongsinya.

TV AlHijrah membariskan 9 program menarik dan terbaharu yang disediakan khas buat santapan rohani penonton disamping program-program sedia ada. 

Saksikan bual bicara Live Labbaikallah yang telah memasuki tahun kesepuluh siaran yang bakal dikemudi oleh Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah dan Ustaz Azhar Ghazali. 

Sembang Haji yang membincangkan isu-isu haji dan menjawab persoalan serta tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Tangisan Di Baitullah yang memaparkan seleksi kisah penghijrahan mereka yang rindu untuk meratap dan bermuhasabah diri di Baitullah untuk dijadikan pedoman penonton.

Paling istimewa, TV AlHijrah bakal menyiarkan Munajat Arafah yang akan bersiaran secara langsung selama 17 jam bermula seawal 5 pagi hingga 10 malam bersempena hari Arafah.

Turut disiarkan adalah rancangan “Perisitiwa Arafah” yang memberikan gambaran kepada penonton kehidupan di Padang Mahsyar serta ibrah daripadanya.

Program-program menarik lain yang turut disusun khas adalah seperti “Musafir Agung”, “Seikhlas Hati”, program masakan “Camca”, “Riwayat Akhir Zaman” dan “Interaktif Haji”.

Penonton juga boleh mendapatkan perkembangan terkini pergerakan jemaah haji Malaysia di tanah suci Mekah menerusi laporan harian eksklusif oleh dua petugas TV AlHijrah di sana. Laporan ini dimuatkan di dalam "Berita AlHijrah" setiap hari dan juga portal berita Alhijrahnews.com hingga selesai kemuncak musim haji.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan telefilem khas Aidiladha berjudul “Campervan Haji Meon”.  Bakal disiarkan pada Ahad, 10 Julai 2022, jam 10 malam, telefilem lakonan Jalil Hamid, Fauziah Nawi dan Yamani Abdillah ini berkisar sekitar kisah hidup Pak Meon yang akan menunaikan haji buat kali kedua.

Sebelum berangkat ke Tanah Suci, Pak Meon berhasrat untuk berjumpa semua anggota kugirannya sewaktu dia muda dahulu untuk memohon kemaafan atas kesalahan pada masa lalu. Pelbagai kejadian tidak dijangka berlaku sepanjang perjalanan Pak Meon mencari ke semua sahabat-sahabatnya.

Rancangan-rancangan menarik Kempen Haji 1443H di TV AlHijrah turut boleh dinikmati menerusi aplikasi telefon bimbit stesen ini yang dikenali sebagai AlHijrah Plus. Lebih 5000 program ilmu pendidikan serta hiburan berlandaskan Islam dapat ditonton bila-bila masa dan di mana sahaja. - Getaran, 17 Jun 2022

Gambar: TV ALHIJRAH


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-14 Dengan Memberi Bantuan Kepada Golongan Memerlukan

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN