Berita Terkini

2 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 2 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 2 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 2 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Permohonan Baharu Geran Kandungan Digital 2022 Kini Dibuka

Geran Kandungan Digital yang diperkenalkan sejak tahun 2021 itu bertujuan membantu dan menggalakkan kesinambungan serta kemapanan pengamal industri kreatif negara, selaras dengan norma baharu berikutan pandemik COVID-19.

Filem & TV Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 4:15PM

Gambar Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Agensi peneraju ekonomi digital Malaysia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka permohonan baharu untuk Geran Kandungan Digital di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia 2022 (Geran Kandungan Digital 2022) bermula semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata Geran Kandungan Digital yang diperkenalkan sejak tahun 2021 itu bertujuan membantu dan menggalakkan kesinambungan serta kemapanan pengamal industri kreatif negara, selaras dengan norma baharu berikutan pandemik COVID-19.

Gambai fail Bernama
Gambai fail Bernama

"Saya melihat Geran Kandungan Digital 2022 ini sangat penting dalam membantu pencipta kandungan digital merealisasikan idea mereka ke dalam bentuk produk sedia untuk dipasarkan. Pencipta kandungan digital memiliki pelbagai idea menarik, tetapi mereka sukar memulai dan mendapatkan dana.

"Justeru saya yakin melalui Geran Kandungan Digital 2022 ini, MDEC bukan sahaja menyediakan akses kepada pembiayaan malah membantu mereka dalam penghasilan kandungan digital yang boleh dipasarkan kerana idea mereka akan dinilai oleh panel yang terdiri daripada pakar industri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Geran Kandungan Digital 2022 menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada syarikat, perusahaan dan syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliti terhad (LLP) untuk membangunkan kandungan baharu atau sedia ada di pasaran dalam bentuk animasi, komik digital, media interaktif dan permainan digital.

Annuar berkata pemohon terpilih akan dijemput ke sesi pembentangan yang dijadualkan pada Ogos, sebelum kelulusan diumumkan menjelang September 2022.

"Selepas mendapat kelulusan, penerima geran akan diberi tempoh selama enam bulan bagi menyiapkan kandungan digital mereka, merangkumi sama ada Filem Animasi Pendek, Episod Pilot, Treler Pendek, kandungan untuk Pengumuman Pesanan Khidmat Awam (PKA), Permainan Digital/ Media Interaktif Lengkap (Demo atau Prototaip) atau Komik Digital/ Komik Bergerak Lengkap," katanya.

Beliau berkata tahun lepas, menerusi Geran Kandungan Digital 2021, MDEC telah menerima 111 permohonan dengan sejumlah RM1.9 juta geran telah diluluskan yang memberi manfaat kepada 39 pemohon.

Menurutnya Geran Kandungan Digital 2022 merupakan sebahagian daripada siri inisiatif pembiayaan yang direka untuk industri kandungan kreatif bagi tahun 2022.

"Industri kandungan kreatif digital merupakan antara industri yang pantas berkembang dan salah satu industri tumpuan di bawah Malaysia Digital. Oleh itu, MDEC komited memastikan industri ini menerima sokongan yang diperlukan untuk kekal berdaya maju, mampan dan kompetitif," katanya.

Sejak tahun 2016, MDEC telah meluluskan 94 projek bernilai RM36.4 juta kepada syarikat kandungan kreatif digital bagi membiayai idea mereka di peringkat pembangunan dan memastikan ia mesra pelabur.

Pendaftaran untuk Geran Kandungan Digital 2022 kini dibuka sehingga 29 Julai 2022 dan mereka yang berminat boleh melayari https://mdec.my/dcgprisma2022 untuk maklumat lanjut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Hab Digital Di Rantau Asia Tenggara

2

Semasa 2 hari yang lalu

Presiden Singapura Diberi Sambutan Negara Di Istana Negara

3

Selebriti 3 hari yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

4

Budaya 3 hari yang lalu

WCO Art & Culture Gallery Pamer Budaya Tempatan Melalui Miniatur Dan Diorama

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jay Jay Dan Ernie Zakri Jadi Pilihan Siti Nurhaliza Untuk Konsert Satu Suara Vol.3 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

'Kami Bincang Elok-Elok' - Anna Jobling Nafi Dia Dan Meerqeen Bergaduh 

Anna Jobling juga mendedahkan dia bakal melebarkan kerjaya lakonannya di Indonesia selepas lebaran nanti. 

oleh Wafa Aula

Filem & TV 1 hari yang lalu

Filem P. Ramlee Bawa Pengajaran Rentas Zaman

Selebriti 6 minit yang lalu

Video Cium Hanya Persaudaraan, Kami Memang Sangat Akrab – Naim Daniel

oleh Wafa Aula