Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


“Berlakon Bukan Setakat Baca Dialog Saja” - Liyana Jasmay

Sepanjang bergelar pengarah, Liyana mengakui pernah berhadapan dengan pelakon baharu yang tidak serius dan tidak profesional semasa bekerja.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 10:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah dan pelakon Liyana Jasmay mengingatkan pelakon generasi baharu untuk sentiasa berjiwa besar dan tidak culas untuk mencari ilmu bagi meningkatkan kualiti lakonan. 

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 22 itu mengakui bahawa sukar untuk mencari pelakon pelapis yang benar-benar bermutu.

Namun begitu, wanita itu melihat ada beberapa pelakon baharu sudah memiliki aura seorang pelakon yang bagus untuk mewarnai industri lakon layar negara. Maka, peluang untuk mereka beraksi wajar diberikan lebih kerap.

“Sebenarnya susah nak jumpa pelakon pelapis yang bagus. Namun begitu, ada beberapa pelakon baharu yang memang berbakat dan boleh berlakon seperti Mia Sara dan Serra Kamal. 

“Sebagai pengarah, kami mahukan pelapis yang boleh berlakon. Berlakon bukan pekerjaan hanya setakat membaca dialog. Tapi mereka mampu menyampaikan dialog dengan penuh semangat dan perasaan,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media pelancaran drama 'Histeria The Series' baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, sepanjang bergelar pengarah, Liyana mengakui pernah berhadapan dengan pelakon baharu yang tidak serius dan tidak profesional semasa bekerja.

“Saya memang akan cepat melenting kalau mereka tidak benar-benar berlakon atau tidak hafal skrip. Baru-baru ini saya menyudahkan sebuah penggambaran. Ada seorang pelakon mengakui bahawa dia gementar, namun dia mahu belajar dan berjiwa besar. 

“Saya tak kisah untuk berkongsi dan mengajar pelapis baharu. Saya gembira melihat mereka berlakon dengan bagus,” tambahnya. 

Ditanya pandangan Liyana tentang pelakon yang diambil hanya bersandarkan kepada jumlah pengikut di Instagram semata-mata, wanita itu tersenyum. 

“Posisi saya bukan hanya sebagai seorang pelakon. Tetapi sebagai seorang pengarah dan penerbit. Jadi, saya melihat perkara ini secara keseluruhan dengan persepsi yang berbeza. 

“Ia fakta dan realiti di mana kita memerlukan populariti. Kita tak boleh marah stesen televisyen kerana itu apa yang mereka mahukan. Kita harus bentuk kriteria sesuai dengan apa yang klien mahukan. Populariti tidak boleh disangkal sebab kita pun akan follow mereka yang terkenal di laman sosial. 

“Mungkin mereka marah sebab tiada kerja. Tapi sekarang semua artis ada tawaran kerja walaupun mereka tidak terkenal sangat.  Apa yang penting ialah kita nak cipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk semua,” katanya.

Terbaharu, Liyana bakal tampil dalam drama 'Histeria The Series' iaitu sambungan daripada filem ini dengan tajuk yang sama 10 tahun lalu. 

Mengekalkan watak Murni, Liyana mengakui teruja dapat bekerja semula dengan James Lee selaku pengarah.

'Histeria The Series' turut membariskan barisan pelakon senior antaranya Ziana Zain, Tony Eusoff, Arash Mohamad dan ramai lagi.

10 episod 'Histeria The Series' akan ditayangkan di platform Astro Citra. - Getaran, 7 Jun 2022

Sumber foto: Astro dan Instagram Liyana Jasmay

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

2

TARA 2 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

3

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 15 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN