web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Merqeen, Anna Trending, Bikin Cair Peminat Luar Negara!

Beberapa peminat luar negara seperti Thailand, Brunei dan Indonesia turut sama ‘cair’ dengan kisah cinta kahwin paksa lakonan mereka berdua ini. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 2:02PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka penangan drama yang diterajui Meerqeen dan Anna Jobling berjaya menjadi tular di laman sosial sekali gus mencuri tumpuan penonton dari luar negara.

Drama ‘Melur Untuk Firdaus’ yang diadaptasi daripada novel ‘My Rude Wife’ ini mula diperkatakan apabila beberapa klip babak kelakar dan manis antara Firdaus dan Melur dimuatnaik menerusi TikTok dan Twitter. 

Plot cerita yang santai seperti ini ternyata tidak hanya ‘menjadi’ di Malaysia. Malah beberapa peminat luar negara seperti Thailand, Brunei dan Indonesia turut sama ‘cair’ dengan kisah cinta kahwin paksa ini. 

@jancabeguin

Reply to @anjannetteondoy ito na maam... pasensya lang po hindi aq marunong mag edit.heheh #meluruntukfirdaus #thaidrama #cdrama #kdrama #indonesia #philippines #foryou #fyp

♬ Ikaw Lang (AD BEAT version) - AD BEAT

“Wah, dari Indonesia dan Filipina pun tengok cerita ini, harap pada yang sudi terjemahkan untuk mereka,” kata seorang pengguna. 

“Ternampak video di TikTok drama ini sudah sampai negara Indonesia, Singapura, Thailand. Wah, drama kita sudah mendominasi!” kata seorang pengguna bernama Dean di Twitter.

Bukan itu sahaja, rata-rata memuji keserasian yang ditunjukkan oleh Anna dan Merqeen sepanjang menjayakan drama itu.

“Serius, Anna dengan Meerqeen punya lakonan memang menjadi,” tulis satu komen di Twitter.

Bersiaran 28 episod di slot Lestary TV3, drama ini menceritakan kisah kahwin paksa antara Firdaus dan Melur. Firdaus ketika itu sudah mempunyai kekasih bernama Dee dan Melur terpaksa makan hati menyimpan perasaan cintanya sendiri. 

Mereka kemudian menetapkan tujuh syarat untuk Melur patuhi agar hubungan Firdaus dan Dee akan berkekalan. Sayangnya, Melur dengan selamba mencabar kesemua syarat itu.

Drama Melur Untuk Firdaus disiarkan di csetiap Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam. Juga boleh ditonton di platform penstriman Disney+ Hotstar. - Getaran, 6 Jun 2022

Gambar Instagram Anna Jobling

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

“Kami Baik-Baik Saja” – Anna Jobling Jawab Spekulasi Hubungannya Bersama Meerqeen Kian Renggang

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Watak Mawar Menjadi Satu Pengajaran - Eyka Farhana Minta Suami Isteri Hati-Hati Dengan Wanita Penyondol 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN