Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Penulis Skrip Hidap Kanser Dapat Perhatian Perdana Menteri

Penulis skrip, Mazelan Manan disahkan menghidap penyakit kanser hidung pada Mac 2020, sebelum ia merebak ke paru-paru.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 9:20AM

Wakil Perdana Menteri menziarahi penulis skrip terkenal Mazelan Manan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nasib penulis skrip terkenal Mazelan Manan yang menderita penyakit kanser hidung dan paru-paru lebih dua tahun lalu, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri yang diwakili oleh Setiausaha Akhbarnya Asyraf Afnan Ahmad Murtadza dan Pegawai Khas Media Muhammad Akmal Fitri Suhaimi, melawat Mazelan, 58, di rumahnya di Taman Perdana Jaya, Serada, Kuala Terengganu.

Turut serta dalam lawatan itu Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Nordina Haron, Pengarah Zon Timur YKN Zahimi Mohamad, serta pelakon dan pengacara Zoey Rahman.

Mazelan yang ditemani isterinya Siti Hawa Ibrahim, 56, tidak dapat menahan perasaan sebak sebaik Asyraf Afnan dan Nordina menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian.

Mazelan atau nama sebenarnya Mazlan Abdul Manan disahkan menghidap penyakit kanser hidung pada Mac 2020, sebelum ia merebak ke paru-paru.

Menurut anak lelakinya Muhammad Najmie Maziez Mazlan, 30, susulan penyakit itu, ayahnya telah menjalani lebih 35 kali rawatan radioterapi dan dua pusingan rawatan kimoterapi.

“Saya mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan YKN, kerana prihatin dengan nasib ayah,” katanya.

Mazelan merupakan bekas Pengarang Urusan Kumpulan Media Karangkraf sebelum aktif menulis skrip drama televisyen sepenuh masa, selain turut menjadi tenaga pengajar penulisan skrip di FINAS.

Sehingga kini beliau telah menghasilkan ratusan skrip telemovie dan drama rantaian untuk televisyen seperti RTM, TV3, TV9, Astro serta TV Alhijrah, yang mendapat tempat di hati penonton selain memenangi pelbagai anugerah. 

Antaranya karya popularnya drama 'Lebih Bisa dari Jelatang' yang memenangi  anugerah Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin 2006, 'Mawar Putih Tanda Perpisahan' (Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin 2013), 'Masihkah Ada Ramadan' dan 'Menunggu Hujan Teduh'. - Bernama

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Kejayaan Proses Evakuasi Keluarga Nadir Al-Nuri Bukti PM Prihatin Kebajikan Rakyat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Sedia Segerakan Kemudahan Wad Kelas Ketiga HKL - PM

4

Luar Negara 1 minggu yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Selebriti 12 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

oleh Helmi Anuar