Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sihir Pemisah Dalam 'Setelah Terlafaznya Akad 2'

Drama sensasi ini mengembalikan kombinasi romantik Kamal Adli sebagai Hanan dan Uqasha Senrose sebagai Nawal yang kini bergelar suami isteri.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 5:40PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya drama kesukaan ramai 'Setelah Terlafaznya Akad' bakal hadir dengan musim kedua bermula esok dengan pelbagai konflik rumah tangga seperti kejadian sihir pemisah yang dihantar untuk memecahbelahkan dua pasangan suami isteri.

Drama bersiri terbitan Juita Viden Sdn. Bhd 20 episod ini melanjutkan cerita tentang Hanan dan Nawal tiga tahun selepas lafaz akad keduanya. Kehidupan mereka menjadi lebih bahagia dengan kedatangan puteri sulung mereka, Qadeeja.

Nawal juga dikejutkan dengan kandungannya yang kedua yang membawa warna pelangi dalam perkahwinan mereka. Namun kebahagiaan ini hanya sementara. Pertengkaran antara mereka berdua membuatkan Hanan memilih untuk pergi membawa diri.

Kehadiran bapa tiri Nawal, Nawab, mengembalikan trauma Nawal di waktu Hanan pula tiada di sisi. Hanan semakin membenci Nawal akibat perbuatan Ida. 

Kebencian yang tercetus oleh Hanan kepada isterinya ini rupanya adalah perbuatan Ida yang menggunakan sihir pemisah kepada mereka atas perasaan hasad dengki kepada Nawal.

Drama sensasi ini mengembalikan kombinasi romantik Kamal Adli sebagai Hanan dan Uqasha Senrose sebagai Nawal yang kini bergelar suami isteri.  

“Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan ini merupakan drama pertama mereka setelah bergelar suami dan isteri. Malah, mereka juga sebenarnya jatuh cinta sewaktu penggambaran ‘Setelah Terlafaznya Akad’ jadi para peminat pasangan ini pastinya akan dapat melihat banyak lagi babak-babak manis mereka seperti mana mereka sendiri melayani satu sama lain di alam realiti. 

“Tambahan pula, keserasian mereka selepas bergelar suami isteri menjadi semakin baik lantas menjadikan lakonan mereka sangat tepat dan hebat seperti yang kami mahukan. Tiada cacat cela yang dapat kami lihat ketika mereka bersungguh-sungguh membawa watak Hanan dan Nawal. Mereka memang sangat profesional ketika berdepan dengan kamera,” kata pengarahnya, Michael Ang.

Drama bersiri ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’ merupakan arahan sutradara yang disegani ramai, Michael Ang dan turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Normah Damanhuri, Talha Harith, Musyi, Hamidah Wahab, Hiera Hasan, Nasz Sally, Seha Monica, Ellyas Abdullah , Adam Shah dan Zeera Azizi.

’Setelah Terlafaznya Akad 2’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 1 Jun 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama melalui  saluran Astro Ria (104). - Getaran, 31 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Uqasha Senrose Umum Hamil Anak Pertama

3

Selebriti 8 bulan yang lalu

Uqasha Senrose Perjelas Babak Berkemban Dan Berpelukan Dengan Amirul Affendi Dalam Filem Sumpahan Jerunei

4

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Peguambela Penyerang Kamal Adli Mohon Penilaian Psikiatri Sekali Lagi

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 21 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 9 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21