Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


“The French Festival” Kini Kembali!

Le French Film Festival 2022 yang dinantikan kini kembali dengan filem-filem yang memenangi anugerah dan diselitkan juga dengan pelbagai aktiviti yang mengujakan!

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 1:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Alliance Française di Malaysia kembali ke persada budaya dengan program yang dinanti-nantikan iaitu Le French Film Festival 2022 (LFFF22)!

Bermula dari bulan Jun hingga Julai, LFFF22 akan memberikan anda satu pengalaman mengasyikkan melalui pelbagai acara menarik termasuk mengetengahkan filem-filem Perancis yang memenangi anugerah, aktiviti gastronomi yang menyelerakan, disamping memberikan pendedahan kepada budaya Perancis yang mempesonakan dan banyak lagi.

Selepas dua tahun menyepi, LFFF22 kali ini akan menjangkau lebih puluhan ribu peminat dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu. Festival ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuk golongan berkeluarga dan kanak-kanak, peminat-peminat Perancis, penggemar filem dan juga penggemar makanan. Semestinya Festival ini akan meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan kepada semua.

Edisi tahun ini dengan bangganya dianjurkan oleh Alliance Française Malaysia di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta Kedutaan Perancis di Malaysia, dengan sokongan dua Penaja Emas utama, Cartier dan Martell. Tidak lupa juga sokongan berterusan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) yang turut mengalu-alukan kemunculan semula French Film Festival tahun ini.

LFFF22 kali ini akan menayangkan 21 Filem Perancis yang telah memenangi anugerah. Penonton akan disajikan dengan filem-filem yang menyentuh hati sehingga mengundang linangan air mata, selain adegan-adegan lucu sehingga membuatkan anda tertawa!

Selain itu, buat pertama kalinya, LFFF22 kali ini menyediakan program interaktif khas buat si cilik, iaitu "Le Petit Festival", dimana kanak-kanak (dan juga orang dewasa!) boleh menikmati barisan filem yang menarik agar mereka tidak terkecuali dalam festival ini.

Antara keistimewaan festival tahun ini termasuklah tayangan filem dalam talian hasil kerjasama pertama kali dengan platform penstriman MUBI, dimana 10 filem Perancis yang bertemakan “Bewitching Outsiders” akan dipilih untuk tayangan.

Dari filem Nouvelle Vague ke pawagam kontemporari, penggemar filem serata Malaysia dapat menonton filem art-house Perancis dengan akses percubaan percuma selama 30 hari di MUBI!

Rakyat Malaysia juga boleh menantikan pelbagai acara lain yang melibatkan seni persembahan dan visual, muzik, gastronomi dan banyak lagi. Antara program dan hiburan dari negara Perancis yang bakal ditampilkan sepanjang LFFF 2022 termasuklah:

● French Film Festival terbesar di Malaysia dengan 21 filem Perancis terkini yang memenangi anugerah (dengan sari kata Bahasa Inggeris), dengan penampilan filem bertajuk “Aline”, biopik lucu dan mencuit hati yang mengisahkan penyanyi terkenal dunia Céline Dion, hasil lakonan dan arahan pelakon Perancis, Valérie Lemercier

● Program terbaharu yang direka khas untuk si kecil, Le Petit Festival

● “Les Arts de la Table”, “Élans Radieux” dan “Le Corbusier” – tiga pameran eksklusif yang memberikan inspirasi, melalui hasil estetika luar biasa dan rekaan yang terbaik

● Bengkel dan acara berkaitan gastronomi

● La Fête de la musique – program muzik sepanjang malam untuk semua citarasa dan penggemar muzik dalam suasana yang menyeronokkan

● “Solstice Lunaire” – konsert luar biasa yang menyentuh pelbagai deria yang menghimpunkan tiga negara dan benua: Malaysia, Perancis dan Columbia

● Persembahan Electro Acoustic Latin Jazzy House yang dibawakan oleh No Black Tie – dipersembahan oleh trio yang akan menghidupkan kembali old school jazz funk disco secara luar biasa

Duta Besar Perancis ke Malaysia, Tuan Yang Terutama, Roland Galharague, dalam satu sidang akhbar berkata, Le French Festival adalah salah satu simbol paling kuat yang melambangkan hubungan kukuh yang telah dibina antara Perancis dan Malaysia sejak 1957.

Dalam pada itu, Pengarah Alliance Française Kuala Lumpur, Violaine Dupic, menjelaskan, Malaysia dan Perancis sentiasa mempunyai hubungan baik dari segi budaya.

"Kami berbesar hati kerana dapat menganjurkan festival tahun ini dan memainkan peranan kami untuk menyumbang kepada dialog bersama rakyat Malaysia melalui kandungan budaya Perancis kami," kata Dupic.

Menjelaskan jangkaan Festival tahun ini, Penyelaras Kebudayaan Alliance Française Kuala Lumpur, Asma Manssouri, berkata, pihaknya akan meraikan ulang tahun ke-20 Festival ini dengan program inklusif dan praktikal dengan mengadakan pelbagai aktiviti untuk rakyat Malaysia dari semua peringkat umur.

"Kami teruja untuk mempamerkan keunikan yang masih kekal dalam filem kami. Mari kita sama-sama meneroka, merasa, mencipta dan bermimpi lalu menghidupkan semula Festival ini!,” katanya.

Di Pulau Pinang, LFFF akan turut dianjurkan bersempena George Town Festival, satu lagi acara kebudayaan utama di Malaysia.

Pengarah Alliance Française Pulau Pinang, Lasémillante, berkata, selepas dua tahun menyepi, pihaknya sangat gembira dapat meraikan kebangkitan semula seni hiburan dan budaya dengan semangat untuk terus membangunkan kerjasama dengan institusi budaya tempatan yang lain.

Penggemar Festival boleh menantikan Le French Film Festival 2022 di bandar berdekatan pada tarikh-tarikh berikut: 

● Kuala Lumpur : 9 Jun - 26 Jun

● Pulau Pinang : 30 Jun - 10 Julai 

● Johor Bahru : 7 Julai - 10 Julai

● Kota Kinabalu : 14 Julai - 17 Julai

Bagi yang ingin menonton mana-mana filem dari LFFF22, anda boleh mendapatkan tiket wayang mulai Khamis 2 Jun melalui aplikasi GSC, https://www.gsc.com.my atau melalui e-kiosk di pawagam GSC yang mengambil bahagian.

Buat yang ingin memenangi tiket percuma untuk menonton filem-filem ini, anda hanya perlu mengikuti dan layari platform Instagram, Twitter dan Facebook GetaranMY.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.lefrenchfestival.com.my atau laman Facebook facebook.com/lefrenchfestivalmy. - Getaran, 31 Mei 2022  

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Muzik 58 minit yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

Muzik 21 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 17 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21