web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Menjelang Magrib' Merungkai Kisah Pesakit Mental Yang Dipasung Di Indonesia

Filem seram dari Indonesia ini cuba menyampaikan pesan kemanusiaan buat masyarakat yang terkesan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah lagi filem seram Indonesia cuba menjengah pasaran Malaysia bulan ini. Filem yang berjudul 'Menjelang Magrib' ini menampilkan beberapa bintang yang meningkat naik seperti Annette Edoarda, Novia Bachmid, Jeffry Reksa, Fajar Kurniawan dan beberapa lagi.

Kebetulan, ia juga menampilkan tunjang cerita tentang sekumpulan mahasiswa yang perlu menyiapkan tesis akhir semester mereka.

Namun untuk menyiapkannya mereka perlu ke sebuah desa terpencil untuk bertemu dan mengkaji tingkah laku seorang gadis bernama Nina yang dikatakan menghadapi masalah mental.

Nina yang tinggal bersama neneknya terpaksa dipasung dan dibiarkan dalam rumah pasung setiap kali menjelang waktu maghrib kerana pada waktu tersebut, dia mula mengalami gangguan histeria dan akan menjerit tanpa henti.

Penduduk tempatan dan neneknya percaya bahawa Nina berkelakuan sedemikian kerana dirasuk sesuatu entiti dan itu satu-satu caranya untuk mengamankan dirinya.

Walau bagaimanapun pelajar-pelajar itu yang datang untuk merakam pergerakan Nina, khasnya Talia yang mengetuai projek tersebut tidak percaya pada fenomena itu dan menganggap itu semua hanyalah tahyul yang tidak masuk akal.

Namun, sejak berada di rumah Nina dan neneknya, pelbagai perkara aneh mula terjadi dan ini membuat mereka tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Lebih menyeramkan buat Talia dan rakan-rakannya, mereka mula melihat kehadiran kelibat lain di dalam rumah pasung Nina semasa meninggalkan kamera di dalam rumah pasung tersebut.

Apa sebenarnya yang menjadi punca segala kejadian misteri ini? Itulah yang cuba dirungkai dalam 'Menjelang Magrib'.

Oleh kerana Indonesia memang terkenal dengan filem seram tempatan mereka, pasti ramai mempunyai ekspektasi serta jangkaan yang berbeza terhadap filem ini.

Sejujurnya, seperti semua filem seram ia ada babak serta adegan yang akan membuat penonton terkejut saat kemunculan watak-watak misteri secara tiba-tiba.

Elemen ‘jump scare’ memang tidak mungkin lekang dari filem seram namun selain itu pada saya filem ini tidaklah menonjol atau dianggap sebuah filem seram Indonesia luar biasa seperti filem lain yang pernah ditayangkan di pawagam Malaysia sebelum ini.

Walau bagaimanapun ia ada pesanan kemanusiaan penting yang sebenarnya ingin disampaikan lewat watak yang dipasung tersebut.

Sungguhpun begitu, pesanan tersebut hanya dapat difahami jika file mini ditonton sehingga ke penghujung.

Menjelang Magrib kini masih ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia. - Getaran, 26 Mei 2022

Rating : 2 ½ getar  

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN