web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tumbal Musyrik: Filem Pertama Maxstream Masuk Malaysia

Filem bergenre seram terbitan Maxstream Original ini bakal ditayangkan di beberapa buah negara Asia Tenggara 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bakal ditayangkan di pawagam, Tumbal Musyrik merupakan filem pertama terbitan Maxstream Original yang akan ditayangkan di Malaysia selain Thailand, Brunei dan Singapura.

Filem bergenre seram lakonan Wulan Guritno, Sahilla Hisyam dan Bhisma Mulia ini turut mendapat kerjasama produksi tempatan dan Indonesia, Horizon Film Entertainment, Punnagai Poo Gheetha serta WD Picture.

Penerbit eksekutifnya, Shahir Sulaiman berkata, dia teruja dan mengharapkan agar Tumbal Musyrik berjaya di pawagam tempatan sementelah jalan cerita dan barisan pelakon yang hebat belaka.

“Saya juga teruja dapat bekerjasama lagi dengan produksi Indonesia apatah lagi, ini filem pertama Maxstream yang akan ditayangkan di Malaysia,” katanya yang turut disertai Rofik Ashari dan Wathin Ciptawan sebagai Penerbit Eksekutif.

Tumbal Musyrik arahan Faozan Rizal dan Bambang Drias mengisahkan Galang yang terpaksa mengambil jalan pintas dengan ilmu hitam untuk mendapatkan gadis idamannya, Resti sehingga tanpa dia sedar, pelbagai akibat dan peristiwa misteri bakal berlaku.

Kampung yang dahulunya aman kini menjadi tumpahan darah kesan daripada pengikut syaitan Gunung Srandil yang terpaksa melepaskan tawaran. Kejadian demi kejadian semakin membawa kepada hakikat bahawa Galang adalah orang yang bertanggungjawab untuk semua ini.

Filem ini juga bakal ditayangkan di Festival Filem Balinale International pada 9 Jun depan.

Maxstream Original merupakan platform aplikasi layanan penstriman video over-the-top pertama Indonesia yang mula beroperasi pada 2018. - Getaran, 24 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN