web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banyak Perkara Boleh Ditawarkan Malaysia Kepada Syarikat Penerbitan Luar - Penerbit

Malaysia mempunyai infrastruktur yang amat baik, lokasi yang fantastik daripada bandar yang moden sehingga ke bandar Warisan Dunia UNESCO selain krew penggambaran yang dedikasi dan berpengalaman yang boleh ditawarkan kepada syarikat produksi luar negara.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia boleh menawarkan pelbagai perkara kepada syarikat penerbitan luar negara yang dapat menarik mereka untuk membuat penggambaran filem mereka di Malaysia kata Penerbit dan Pengarah Syarikat Biscuit Film, Bill Donovan.

Beliau berkata Malaysia mempunyai infrastruktur yang amat baik, lokasi yang fantastik daripada bandar yang moden sehingga ke bandar Warisan Dunia UNESCO selain krew penggambaran yang dedikasi dan berpengalaman yang boleh ditawarkan kepada syarikat produksi luar negara.

“Malaysia boleh tawarkan banyak perkara yang ada dalam senarai semak penerbit. Makanan Malaysia satu tarikan besar dan tambahan pula dengan cara hidup Malaysia,” katanya kepada media selepas persidangan bertajuk ‘The Heartbeat Of Asia’ bersempena Marche Du Film 2022 di sini hari ini.

Donovan merupakan salah seorang daripada penceramah pada persidangan itu di samping Ketua Pengawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) Prof Dr Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Malaysia Studio (IMS) Rashid Karim dan Pengurus Besar Base FX Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Beliau berkata rebat 30 peratus yang ditawarkan menerusi Insentif Filem Malaysia (FIMI) dan tambahan lima peratus lagi rebat ‘cultural test’ merupakan satu idea yang bagus oleh kerajaan yang merupakan satu tarikan untuk lebih banyak syarikat produksi luar negara untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran mereka.

“Kami telah menggunakan insentif ini dengan jayanya sejak ia dimulakan. Sehingga sekarang setiap projek telah tanpa gagal menerima wang tersebut.

“Saya rasa ia satu insentif yang bagus, pada kadar 30 peratus, ia agak banyak untuk perbelanjaan tempatan anda termasuk wang anda dan krew yang membuatkannya satu insentif yang amat menarik,” katanya.

Bagaimanapun Donovan berkata kerajaan perlu meningkatkan kempen kesedaran mengenai program itu, kerana masih ramai pihak yang perlu tahu mengenai Malaysia dan apa yang dapat ditawarkan untuk mereka.

“Itu suatu perkara yang penting di mana kita perlu maklumkan kepada orang ramai mengenai apa yang Malaysia boleh tawarkan dari segi budaya, makanan, cuaca, lokasi dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, Md Nasir mengakui kekurangan promosi menjadi punca mengapa banyak penerbit tidak tahu tentang wujudnya rebat tunai menerusi FIMI.

Beliau berkata FINAS akan mempergiatkan lagi promosi melalui platform seperti media sosial, akhbar dan aktiviti tertentu selain menyertai beberapa pasaran filem antarabangsa dalam masa terdekat.

“Kita akan menyertai tidak kurang tiga pasaran antarabangsa dalam masa terdekat sehingga tahun depan. Dengan penyertaan kita di pasaran antarabangsa ini, sebenarnya kita bukan sahaja dapat memperluaskan filem kita ke luar negara, tetapi juga melalui filem tersebut dapat memperkenalkan negara kita yang mempunyai pelbagai bangsa, budaya dan cara hidup.

“Kita juga melalui FIMI sebenarnya mengharapkan ekonomi negara dapat ditingkatkan melalui penggambaran yang dibuat di Malaysia, kerana setiap perbelanjaan yang dibuat di Malaysia merupakan pendapatan kepada negara. Ini yang akan kita tingkatkan dari segi promosi, tidak hanya menunggu penyertaan barulah kita nak buat promosi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN