web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sektor Animasi Negara Mampu Tembusi Pasaran Antarabangsa - MDEC

Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa daripada negara jiran.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sektor animasi negara berpotensi dipasarkan ke peringkat antarabangsa kerana Malaysia mempunyai keupayaan dari segi teknologi dalam industri itu, kata Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad.

Beliau berkata produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa daripada negara jiran.

Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad - Bernama
Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad - Bernama

"(Potensi sektor animasi kita) besar, kita mempunyai keupayaan sebab kita ada teknologi. Di Malaysia kita lebih ke hadapan dalam sektor ini. Kita sudah lama mulakan langkah dan dari segi kandungan, MDEC boleh bantu," katanya ketika ditemui pemberita di Pavilion Malaysia sempena penganjuran Marche Du Film di Palais des Festival di sini hari ini.

Md Alwi berkata MDEC sebagai agensi peneraju yang menggalakkan lebih banyak penghasilan filem animasi akan terus mempergiat promosi bagi membolehkan sektor animasi negara menembusi pasaran global.

Menurutnya penganjuran Marche Du Film menjadi platform terbaik kepada MDEC untuk mempromosi dan memperkenalkan produk animasi negara seperti Upin & Ipin, Ejen Ali, Mechamato dan Batik Girl.

"MDEC mesti membawa bendera Malaysia ke sini (Marche Du Film) dan menyatakan bahawa animasi adalah sesuatu yang besar sebab kalau dalam industri perfileman kena ada latihan mengenai lakonan, penerbit yang hebat dan sebagainya.

"Tetapi dalam animasi kita tak ada benda itu semua, yang perlu ada adalah inovasi dalam melahirkan animasi yang bagus. Macam Upin & Ipin tidak perlu nama dan penerbit besar tetapi kita telah tunjukkan bahawa kita berjaya. Sebab itulah MDEC datang ke sini mudah-mudahan kita dapat menambah lagi pelaburan untuk negara kita," katanya.

Md Alwi berkata pihaknya juga akan membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan untuk memohon geran dan seterusnya menghasilkan lebih banyak filem animasi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Gambar: IMDb
Gambar: IMDb

Marche Du Film adalah perhimpunan terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran.

Sebanyak 250 syarikat dari 110 negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari itu bermula 17 Mei. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

2

TARA 2 tahun yang lalu

Rayakan Deepavali Dengan Pelbagai Promosi Makanan, Minuman

3

TARA 2 tahun yang lalu

Golden Screen Cinemas Tiup Semangat Patriotisme

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyertaan UK Dalam Perjanjian Trans-Pasifik Buka Peluang Kepada Malaysia - Fahmi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN