web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tembus Pasaran Global, Pemain Industri Kreatif Perlu Berani, Keluar Dari Kebiasaan

Pemain industri perlu mencari mekanisme, supaya kandungan kreatif negara tidak dilihat sebagai pasaran yang bersifat 'fragmented'.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 10:03PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (tujuh, kanan) sebagai Ketua Deligasi Malaysia ke pameran filem antarabangsa terbesar dunia, Marche Du Film (MARCHE 2022) bergambar di hadapan di Palais de Festival. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata pemain industri perlu mencari mekanisme, supaya kandungan kreatif negara tidak dilihat sebagai pasaran yang bersifat 'fragmented', dan seterusnya menggunakan kekuatan yang ada untuk mengetengahkan produk negara ke peringkat antarabangsa.

“Saya diberitahu oleh salah seorang (dalam industri) bahawa Malaysia punya pasaran sangat berpecah kerana filem Melayu orang Melayu tonton, filem Cina orang Cina tonton, filem India orang India tonton. Jadi kita punya pasaran dah relatifnya memang kecil berbanding dengan Thailand, Filipina atau Indonesia.

“Tapi cuba kita cari jalan, bagaimana kita boleh menggunakan itu sebagai satu kekuatan. Ini yang saya nak suruh FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) bekerjasama dengan beberapa penerbit filem, untuk menggunakan kekuatan kita yang bersifat pelbagai bahasa, bukan sahaja orang kita boleh bercakap bahasa Inggeris yang bagus, jadi boleh pergi ke antarabangsa tetapi orang kita boleh bercakap Mandarin, Tamil dan Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemain industri kreatif yang menyertai pameran filem antarabangsa terbesar dunia, Marche Du Film (MARCHE 2022), di Pavilion Malaysia di Palais des Festival, di Cannes, Perancis, hari ini.

Marche Du Film merupakan sebuah pasaran filem terbesar dunia yang mengumpulkan ramai penerbit, pemodal, penyiar, pengedar, pembekal serta pembeli filem dari serata dunia, untuk membina jaringan penjualan kandungan kreatif di peringkat global, selain berkongsi pandangan dan prospek projek filem.

Annuar mengetuai delegasi Malaysia terdiri daripada 13 syarikat tempatan yang menyertai pameran filem selama sembilan hari itu bermula hari ini, dengan 10 syarikat hadir secara fizikal manakala tiga syarikat hadir secara dalam talian.

Mengulas lanjut, Annuar berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia berhasrat untuk membina semula industri filem negara, memandangkan industri itu mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada ekonomi negara sekali gus mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

“Saya nak suruh cuba kepada satu, dua filem dan saya berani untuk ambil beberapa langkah di luar daripada kebiasaan, iaitu mana-mana penerbit yang mengemukakan cadangan yang saya rasa ada nilai yang kerajaan boleh bagi dokongan, mungkin kita boleh bagi layanan istimewa ataupun program khas, tapi kita nak pupuk dia bersama-sama untuk membawa mereka ke aras yang selanjutnya.

“Terdapat beberapa penerbit filem yang bagus, muda dan berbakat yang perlu diberikan peluang, untuk buat sesuatu yang besar, untuk dibawa mereka ke aras selanjutnya. Mereka patut terajui industri ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga tidak boleh dilihat sebagai pengawal selia semata-mata, sebaliknya perlu lebih proaktif dan bersifat mesra kepada industri itu, dalam membantu pemain industri memasarkan produk mereka di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, Annuar menggesa pemain industri kreatif menggunakan Marche Du Film sebagai platform untuk mempromosi, sekali gus menjual produk kandungan kreatif masing-masing ke peringkat antarabangsa.

“Kita perlu lakukannya segera. Jangan jadikan pameran ini sebagai tempat melancong sebaliknya sebagai platform kerja. Kita perlu serius, jumpa orang yang betul. Keluar dan buat kontak dan tempatkan diri anda untuk pegi global,” katanya.

Terdahulu, Annuar meluangkan masa kira-kira satu jam bertemu dengan delegasi Malaysia serta melihat produk kandungan kreatif syarikat masing-masing, yang dipasarkan di pameran filem itu. - Bernama

Semua gambar: Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selebriti Di Festival Cannes Pamer Solidariti Bersama Palestin Menerusi Fesyen

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Promosi Produk Tempatan Di Pasaran Antarabangsa Secara Kolektif, Berstruktur

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Maut Ditikam Berhampiran Menara Eiffel Di Paris

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN