web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hyrul Anuar 'Mahalkan' Melayu Dalam ‘Tiga Janda Melawan Dunia’

Pengarah filem muda baharu, Hyrul Anuar mahu melakukan pembaharuan menerusi filem pertamanya, 'Tiga Janda Melawan Dunia'.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 5:48PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Belum pernah ada mana-mana produksi filem bersifat komersial yang cuba mengetengahkan barisan pelakon yang umur mencecah setengah abad serta memiliki jumlah pengikut media sosial yang tidak banyak untuk menjadi nadi utama kepada naratif filem.  

Namun, pembaharuan inilah yang cuba dilakukan pengarah filem muda baharu, Hyrul Anuar menerusi filem pertamanya, Tiga Janda Melawan Dunia yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 19 Mei ini. 

Apa tidaknya, filem ini membariskan tiga pelakon wanita senior hebat iaitu Normah Damanhuri, Khatijah Tan dan Raja Azura sebagai utama serta dibantu pelakon lain seperti Rosnah Mat Aris dan Norman Hakim serta dua pelakon baharu, Ellyza Azizi dan Abbas Mahmood. 

“Ya, saya tahu ada segelintir pihak yang cuba memperlekehkan pemilihan barisan pelakon utama filem pertama ini. 

“Bahkan, dalam kalangan pelakon sendiri, ada yang menolak tawaran dan terus diam selepas saya menawarkan mereka untuk membintangi filem ini. 

“Tapi bagi saya, kombinasi mereka ini terutamanya Normah Damanhuri, Khatijah Tan, Raja Azura dan Rosnah Mat Aris sangat mahal. 

“Mereka mempunyai kraf lakonan yang sangat dahsyat. Saya membesar dengan lakonan mereka dan saya sangat bangga dengan bakat lakonan yang mereka miliki,” katanya dalam sidang media Tiga Janda Melawan Dunia

Pengarah 'Tiga Janda Melawan Dunia', Hyrul Anuar
Pengarah 'Tiga Janda Melawan Dunia', Hyrul Anuar

Jelas Hyrul lagi, dia juga bersyukur kerana pihak penerbit sama sekali tidak mengganggu proses pemilihan pelakon yang dibuatnya untuk filem ini. 

“Apabila saya letak nama-nama mereka, penerbit setuju. Bayangkan kalau ada studio yang beri peluang kepada pengarah baharu macam saya untuk memilih barisan pelakon seperti ini, pasti ia akan dapat membuka peluang kepada pelakon-pelakon senior untuk bekerja dan berlakon semula,” katanya. 

Tidak berhasrat untuk menjadi feminis atau pejuang wanita menerusi Tiga Janda Melawan Dunia, Hyrul yang juga penulis lakon layar filem ini memberitahu bahawa idea untuk menghasilkan filem ini sebenarnya tercetus daripada karakter kakak-kakaknya. 

“Keempat-empat karakter wanita di dalam filem ini, sama perangai dengan kakak-kakak saya. Waktu saya tulis juga saya inginkan wajah pelakon yang memiliki muka Melayu. 

“Saya tak mahu muka yang kacukan. Sebab saya mahu penonton berasa dekat dengan perkara-perkara hebat yang mereka lakukan apabila mereka melawan dunia mereka sendiri. 

“Memang ada cadangan daripada pihak tertentu untuk gunakan pelakon-pelakon lain, tapi saya tidak mahu. 

“Saya tetap mahukan mereka. Sebab bagi saya mereka ada daya tarikan tersendiri dan adakalanya daya tarikan ini tidak dimiliki pelakon-pelakon cantik yang lebih muda. 

“Kalau anda pergi ke platform YouTube dan menaip nama saya, 'Hyrul Anuar', anda akan dapat melihat hasil kerja saya. Saya banyak menggunakan pelakon senior di dalam kerja-kerja komersil dan mereka memang punya daya tarikan sendiri,” katanya lagi. 

Sebelum melangkah ke dunia pengarahan filem, Hyrul Anuar adalah seorang pengarah iklan yang pernah memenangi anugerah antarabangsa di Adfest Asia Pacific Advertising. 

Sambung Hyrul lagi, memancing barisan pelakon senior ini sebenarnya bukanlah satu tugas yang mudah buat dirinya apatah lagi bila ini adalah filem pertama arahannya. 

“Kelebihan saya ialah saya sudah banyak kali berjumpa dengan ‘client’ untuk menjual idea produk iklan, jadi saya gunakan pengalaman itu untuk menjual idea filem ini kepada mereka. 

“Namun, saya juga turut menjual suatu sisi menarik tentang intipati filem ini. Saya membesar dan melihat sendiri bagaimana kakak saya kahwin dan bercerai. 

“Ada banyak sebab mengapa perempuan bercerai. Namun, sedar tidak, apabila berkahwin, perempuan meletakkan masa depan mereka kepada lelaki. 

“Tetapi apabila bercerai, mereka kena bina hidup mereka sendiri. Kita jarang sekali menyentuh tentang sisi ini. 

“Jadi, menerusi filem ini, saya cuba raikan kehidupan janda. Saya mahu angkat mereka dan positifkan mereka sebab bila orang sebut ‘janda’ sahaja, mesti ia dianggap negatif. 

“Kalau bukan kita yang menukar persepsi janda dan kita 'mahalkan' kehidupan janda itu, siapa lagi?” soalnya. 

Hyrul juga percaya bahawa filem yang memaparkan wanita berusia sebagai watak utama juga mempunyai pengikutnya sendiri. 

“Sebelum saya memasuki industri perfileman ini, saya sudah pun membuat kajian tentang pasaran filem. 

“Kebanyakan filem memaparkan cerita tentang dunia lelaki iaitu alam pergaduhan, gangsterism dan mafia. 

“Tapi, pasaran untuk ‘makcik-makcik’, memang tidak ada. Sebab itulah saya buat filem ini dan pendekatan kita lebih kepada menjual kandungan termasuk teaser dan trailer yang dihasilkan. 

Teaser dan trailer yang dihasilkan mempunyai kandungan yang berbeza. Memang sengaja kita buat begitu,” katanya. 

Tentang stail pengarahannya yang dikatakan mempunyai persamaan dengan Mamat Khalid, Hyrul memberitahu bahawa dia mempunyai suaranya sendiri dalam menyampaikan bahasa visual filem. 

“Allahyarham Mamat Khalid merakyatkan Melayu. Saya pula lebih kepada 'memahalkan' Melayu. Saya tidak mampu buat apa yang Allahyarham buat menerusi pengisian dialog kerana itu dilakukan menerusi pengalaman hidupnya yang cukup luas,” katanya. 

Tiga Janda Melawan Dunia berkisah tentang Midah, Rohayu dan Ani, tiga janda yang tinggal di sebuah kampung dan merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini. Ketiga-tiga janda ini berusaha mengumpul duit untuk membeli tiket konsert Aiman yang bernilai RM15,000. 

Akhirnya mereka membuka perniagaan vape dan menghasilkan perisa vape baharu dan unik dengan bantuan seorang pembantu makmal. - Getaran, 17 Mei 2022

Gambar: GSC

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

5 Selebriti Lelaki Yang Layak Digelar ‘Hot Daddy’

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN