Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Siti Saleha Kini Bergelar Pengacara Rancangan ‘Women Talk’ 

Pelakon popular, Siti Saleha kini menggalas tugas baharu sebagai pengacara bersama rancangan bual bicara 'Women Talk' yang disiarkan di TV3. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 5:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program bual bicara Women Talk yang menampilkan pengacara utama Deborah Henry dan pengacara bersama, Zoraya Vadillo telah mula bersiaran di TV3 dan www.tonton.com.my pada 2 April lalu. 

Kini rancangan bual bicara yang memfokuskan isu-isu wanita ini bakal disertai oleh pelakon wanita popular, Siti Saleha sebagai pengacara bersama bermula 14 Mei ini. 

Pengacara dan pelakon yang menerima pelbagai anugerah bagi drama terkenal 7 Hari Mencintaiku ini akan berkongsi pandangan dan berbincang dengan lebih lanjut tentang isu-isu yang menjadi fokus utama dalam kalangan wanita. 


Pengacara trio berpengalaman ini akan meneruskan perbincangan topik dan isu yang menarik untuk golongan wanita bersama dengan tetamu dan ikon jemputan.

Antara topik yang akan diselami adalah berkaitan industri perniagaan, membincangkan perceraian, peranan wanita dalam kepemimpinan, stabiliti kewangan, langkah ke arah kecantikan dan banyak lagi.

Gambar: Intagram Soo Wincci
Gambar: Intagram Soo Wincci

Tetamu yang dijemput adalah mereka yang berpengalaman dalam bidang berkaitan topik mingguan. Antaranya pengarah pengurusan Chriszen, Mandy Leong, pengasas Pops Malaya Rose Yasmin Karim, selebriti terkenal Siu Lim, peguam syariah perceraian Nursahila Ayub, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Dr Hafsah Hashim, penasihat kewangan Brenda Yong, mangsa kebankrapan Soo Wincci dan juga ahli estetik dan doktor selebriti Dr Katalina. 

Sebelum ini, 'Women Talk' juga telah mengupas topik-topik penting dalam memperkasakan wanita bersama Datuk Nicol David, Datuk Noor Farida Ariffin, Dr Malar Santhi, Che Puan Sarimah Ibrahim, Hans Isaac dan ramai lagi. - Getaran, 17 Mei 2022


 

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Ayuh Meriahkan Hari Terakhir Program Setahun Kerajaan Madani

3

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

TARA 5 bulan yang lalu

6 Program Korea Terhebat Terbaharu Di Astro Oktober Ini

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar