web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jennifer Aniston Undangan Penutup Tirai 'The Ellen Show'

Tirai program bual bicara tersohor yang bersiaran sejak 19 tahun lalu itu bakal dilabuhkan dengan kemunculan bintang-bintang ternama Hollywood.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 4:30PM

Gambar: Warner Bros

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program bual bicara kendalian aktres Ellen DeGeneres, The Ellen Show bakal melabuhkan tirainya pada 26 Mei ini dengan menampilkan aktres Jennifer Aniston sebagai tetamu undangan utama disamping penyanyi Pink dan Billie Eilish.

Ia adalah kemunculan kali ke-20 Aniston ke program tersebut sekali gus mencatat sejarah kerana beliau juga adalah undangan pertama ke program kendalian DeGeneres itu ketika ia mula bersiaran pada 2003.

Difahamkan antara tetamu undangan lain yang bakal memeriahkan program tersebut sebelum ia berakhir termasuk Oprah Winfrey, Julia Louis-Dreyfus, Mila Kunis, Justin Timberlake, Keith Urban, Sean 'Diddy' Combs, Kerry Washington dan Bruno Mars.

Pada episod pertama musim terakhir program ini 13 September lalu, Aniston dilihat tampil sambil mengenakan busana serba hitam.

Sebaik melangkah ke pentas, Aniston terus mengalirkan air mata dan memeluk erat Ellen.

Ellen, yang kelihatan segak mengenakan sut hijau dipadankan dengan kemeja bercorak bunga, cukup menghargai kehadiran Jennifer yang diketahui agak berhati-hati dan tidak keluar rumah terutama ketika COVID-19.

Pada Mei tahun lalu, DeGeneres mengumumkan program itu bakal melabuhkan tirainya susulan rungutan dan keluhan beberapa kakitangan berhubung suasana kerja yang tidak sihat dan toksik sehingga memaksa syarikat penaung, Warner Bros menjalankan siasatan dalaman.

Bintang utama filem Finding Nemo dan Finding Dory itu bakal mengakhiri program yang sekian lama bersiaran itu dihadapan penonton yang divaksin sepenuhnya. - Getaran, 12 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Mayat Mangsa Terakhir Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali Dikenal Pasti - NADMA

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pasukan SAR Hampir Putus Asa Mencari Mangsa Terakhir - Bomba

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tanah Runtuh: Usaha Cari Mangsa Terakhir Diteruskan Pagi Ini

4

Muzik 5 tahun yang lalu

‘Leave the Door Open’, lagu terbaharu Bruno Mars bersama Anderson Paak

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN