Berita Terkini

14 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Doctor Strange In The Multiverse of Madness Memberi Kelainan Luar Biasa

Penuh dengan kesan khas yang menakjubkan serta jalan cerita yang lebih menarik, filem terbaharu tentang adiwira dengan kuasa ajaib, Doctor Strange pasti menghiburkan pencinta filem genre ini.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejayaan siri filem dari jenama komik tersohor dunia, Marvel tidak perlu dipertikaikan lagi. Sejak 20 tahun yang lalu siri filem terbitan adiwira mereka seperti Spiderman, X-Men dan kemudian The Avengers telah meraih jutaan Dollar berkat kehebatan filem-filem mereka.

Terbaharu, salah seorang watak adiwira Avengers, iaitu Doctor Strange kembali dengan filemnya sendiri.

Lama dinanti-nanti oleh peminat tegar Marvel Comic Universe, filem kedua Doctor Strange akhirnya muncul dengan judul Doctor Strange In The Multiverse of Madness.

Kisah kali ini membawa penonton mengenali America Chavez seorang gadis dari alam kehidupan berbeza yang mempunyai kuasa untuk merentas alam-alam lain.

Terjatuh ke alam yang dihuni Doctor Strange dan rakan-rakan Avengers yang lain, America diburu oleh makhluk jahat yang mempunyai kuasa ajaib.

Namun selepas diselamatkan oleh Doctor Strange, America memberitahu yang dia tidak tahu siapa yang cuba memburunya.

America hanya pasti bahawa dia diburu kerana memiliki kuasa untuk merentas ke alam dan realiti-realiti yang berbeza.  

Untuk mengetahui siapa yang mungkin sedang cuba memburu America, Strange mengambil keputusan untuk bertemu dan bertanya rakan sepasukan Avengersnya, Wanda Maximoff yang kini dikenali sebagai Scarlet Witch.

Walau bagaimanapun, pertemuan mereka akhirnya mendedahkan bahawa selama ini Wanda telah mempelajari ilmu hitam dari kitab Darkhold dan telah terpengaruh menjadi jahat.

Lantas, dialah sebenarnya dalang di sebalik pemburuan America.

Wanda sebenarnya ingin memiliki kuasa untuk merentas ke alam lain dan menjalani kehidupan yang berbeza.

Wanda melihat di dalam mimpinya bahawa dirinya di alam lain mempunyai anak-anak dan itulah impian yang ingin dia kecapi.

Untuk mendapatkan realiti tersebut, Wanda yang sudah dipengaruhi ilmu hitam kitab Darkhold sanggup bertarung dengan Doctor Strange dan kultus ilmu saktinya yang lain demi membunuh dan mendapatkan kuasa America.

Sungguhpun begitu, Strange dan rakan-rakannya yang lain terus cuba mempertahankan America supaya tidak jatuh ke tangan Wanda.

Namun dalam proses pertarungan, America yang masih belum mampu mengawal kuasanya terus membuka pintu ke alam-alam lain dan membawa Strange bertemu pelbagai versi dirinya dengan realiti yang berbeza.  

Di situlah jalan cerita menjadi lebih menarik saat Wanda cuba memburu mereka dengan menggunakan kuasa ajaibnya juga.

Malah, di alam-alam lain ini Strange sempat bertemu dengan watak-watak adiwira Marvel dari alam lain seperti Mordo, Captain America, Professor X, Captain Marvel dan Mr Fantastic yang berbeza.

Oleh kerana Doctor Strange terkenal dengan kuasanya yang menggunakan ilmu sihir dan alam mistik, filem adiwira Marvel kali ini seperti ada sedikit sentuhan filem seram kerana penyelitan unsur mistik di dalamnya.

Namun ia membuat alur cerita filem ini lebih mendebarkan dan lebih sukar untuk diteka penghujungnya.

Berkat lakonan mantap para bintang yang menunjang watak-watak utama serta kesan visual yang sangat luarbiasa, kami yakin filem ini mampu memuaskan peminat Marvel Comic Universe.

Dan jika dahulu Ironman terkenal dengan kata-kata “I love you 3000” lewat filem The Avengers Endgame, nantikan kata-kata romantis Doctor Strange buat kekasihnya Christine yang pada saya tidak kurang hebat (atau mungkin lebih hebat) di penghujung filem.

Doctor Strange In The Multiverse of Madness sudah mula ditayangkan di semua pawagam di seluruh Malaysia bermula 4 Mei 2022. – Getaran, 5 Mei 2022.

Rating : 4 ½ getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 5 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 17 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Filem & TV 12 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 5 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran