web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Program Menarik Di Saluran Astro Sepanjang Syawal

Saluran televisyen berbayar, Astro telah menyediakan 190 program menarik sepanjang Syawal ini untuk tontonan pelanggan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 10:34AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun tarikh hari raya Aidilfitri tahun ini diawalkan sehari dari tarikh rasmi yang ditetapkan kalendar, namun program-program menarik yang sudah diaturkan saluran Astro tetap berjalan seperti biasa.

Syawal ini, Astro menyediakan pelbagai program istimewa sempena Hari Raya untuk tontonan pelanggan sepanjang bulan mulia ini.

Rancangan hiburan variasi ’Raya Special’ di Astro Ria akan dimulakan dengan ’Megaraya Ria’ yang bermula siaran dari malam raya hingga 5 Syawal.

Program-program hiburan menarik seperti ’Meletop Raya’, ‘Gegar Vaganza - Semangat Nak Raya!’, ‘Bila Tiba Big Stage Beraya’, ‘Konsert Semangat Lebaran Kita’, ‘Kisah Seorang Aliff Aziz’ dan program eksklusif menyelami suka-duka Shuib dalam ‘Semakin Cinta, Shuib’ juga akan menemani penonton sepanjang lima hari pertama bulan Syawal nanti.

Ada juga program istimewa dari Jakarta terus ke rumah anda yang bertajuk ‘Tembakan Syawal Bunda Hetty’.

Kemeriahan di Syawal ini juga akan diriuhkan lagi dengan himpunan rancangan komedi.

Bergelak ketawa dengan ‘Sepahtu Al Raya’ selama tujuh malam berturut-turut yang akan bersiaran dari malam Raya hingga 6 Syawal di Astro Warna dalam himpunan tujuh episod khas – ‘Konsert Raya Sepahtu’, ‘Guntingkan Kesedihanmu’, ‘Warung Sepahtu Raya’, ‘Misteri Kem Motivasi (Hantu Raya)’, ‘Lebaran Perantauan’ dan ‘Sambutan Salah Niat’. 

Juga di Astro Warna, ada rancangan ‘The Masked Singer Malaysia Reunion 2022’, ‘MLM Raya: Kampung Pening Lalat’ dan ‘Sejenis Raya Reunion’ yang menampilkan barisan pelawak legenda, Senario, bakal menggeletek hati penonton. 

Istimewa buat para peminat program ‘signature’, Astro Warna bakal memperkenalkan program terbaru ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, iaitu program gameshow misteri yang diadaptasi dari Korea Selatan mulai 20 Mei 2022, setiap Jumaat 9 malam. 

Manakala untuk penggemar program bercorak variasi, Astro Ria akan menyajikan dua buah episod khas ’Romantika Raya’ bersama 2 pasangan selebriti terkenal – Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan Uyaina Arshad dan Raja Syahiran. 

Menerusi Gempak Original Series, Kamal dan Uqasha turut membintangi ’The House Kamal & Uqasha’ yang akan memaparkan perjalanan bulan madu mereka ke Kuantan dengan menaiki karavan.

The House yang juga ditaja oleh McDonald’s ini akan mula ditayangkan pada 5 Mei di Astro Ria, jam 2.00 petang dengan dua episod pertama ditayangkan secara berturut-turut. Episod seterusnya akan ditayangkan pada setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria.

Sambutan perayaan bulan Syawal pastinya tidak lengkap tanpa koleksi filem-filem terlaris tempatan dan telefilem khas Raya.

Di Astro Ria, penonton akan dapat mengikuti tayangan tiga buah filem pecah panggung seperti Penunggang Agama 2, 18 Puasa di Kampung Pisang, Kampung Pisang Muzikal dan enam buah telefilem istimewa Syawal berjudul ‘Raya Talak Satu’, ‘Peti Ais Mak’, ‘Menantu ke Isteri Untuk Abah’, ‘Nyanyuk’, ‘Angah’ dan ‘Jangan Masuk Rumahku’ yang akan bersiaran setiap hari dari 1 hingga 6 Syawal, jam 10 pagi.

Telefilem-telefilem ini akan dibarisi ramai pelakon popular masa kini seperti Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Fattah Amin, Nasir Bilal Khan, Janna Nick, pasangan popular Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson, juga pelakon veteran seperti Kartina Aziz dan Jalil Hamid. Astro Citra juga tidak ketinggalan menampilkan sebuah telefilem eksklusif berjudul ‘Curi Duit Raya’ pada 5 Syawal.

Khas untuk penonton-penonton cilik, program animasi dan kanak-kanak di Astro Ceria, ‘Megastar Academy’, ‘Puteri Kuasa Tiga’, ‘Take CTRL’, ‘Didi & Friends Raya Song’ dan ‘Puteri’ akan menghiburkan adik-adik sepanjang Syawal nanti.

Di Astro Warna, ‘Lu Fikir La Nabil, TuuDeh..!!’ pula akan ke udara pada 3 Syawal.

Di rangkaian saluran antarabangsa, para pelanggan Astro boleh menonton dua buah filem terbaharu seperti The Batman dan King Richard di HBO GO menerusi On Demand.

Di saluran PRIMEtime, sebuah rancangan masakan realiti ‘Star vs Food Malaysia - Raya Special’ akan bersiaran pada 7 dan 8 Mei di mana dua episod ini akan memaparkan gandingan mantap masakan Datin Lisa Surihani bersama Cef Melba Nunis dan Daiyan Trisha bersama Cef Fadzly Che Omar.

Tidak dilupakan, untuk peminat sukan bola sepak, Astro Arena bakal menyajikan dua buah program edisi khas raya untuk tontonan semua.

Program ‘Berbulu Dengan Burn Berhari Raya’ yang dihoskan oleh Burn dan Eli dan program ‘Hari Raya Borak Borak Botak’ yang dihoskan oleh Nafis atau lebih dikenali sebagai Abang Botak juga akan ke udara.

Kedua-dua buah program ini juga akan turut disiarkan menerusi platform media sosial Facebook dan YouTube kendalian Astro Arena. - Getaran, 3 Mei 2022

Gambar : Astro

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN