web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Stesen Radio Suara Malaysia-Tagalog Ditamatkan 12 Tengah Malam Ini - Annuar

Penamatan perkhidmatan stesen radio itu dijangka memberi penjimatan kepada perbelanjaan RTM Sabah, seterusnya membolehkan sumber difokuskan bagi usaha penambahbaikan perkhidmatan lain di negeri itu.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 6:14PM

Gambar Hiasan, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Stesen Radio Suara Malaysia-Tagalog di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) akan ditamatkan siarannya pada pukul 12 tengah malam ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata ia selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 4 Mac lepas, dan penamatan perkhidmatan stesen radio itu dijangka memberi penjimatan kepada perbelanjaan RTM Sabah, seterusnya membolehkan sumber difokuskan bagi usaha penambahbaikan perkhidmatan lain di negeri berkenaan.

Katanya penamatan stesen radio itu mengambil kira beberapa justifikasi khususnya keberkesanan sebagai platform penyampaian maklumat yang dilihat kurang berkesan susulan jumlah pendengar yang tidak memberangsangkan.

“...selain ia tidak mencapai objektif asal penubuhan, Kementerian Luar juga menyifatkan ia tidak lagi memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada usaha diplomasi dua hala antara Malaysia-Filipina,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Stesen itu memulakan operasinya pada 1 Okt 1973 dan dipancarkan melalui stesen pemancar MW Tuaran di bawah Radio Malaysia Sabah. Kemudiannya ditukar secara dalam talian mulai 1 Julai 2011 kerana masih terdapat permintaan pendengar terhadap kandungan dalam bahasa Tagalog.

Annuar berkata Stesen Radio Suara Malaysia-Tagalog diwujudkan bertujuan menyampaikan dasar Kerajaan Malaysia melalui penyiaran rancangan bagi mengeratkan persahabatan antara Malaysia-Filipina khususnya pendengar di selatan negara berkenaan.

“Selain itu stesen yang bersiaran selama dua jam dari 7.30 malam hingga 9.30 malam itu juga menyiarkan rancangan kebudayaan cara hidup Keluarga Malaysia berbilang bangsa dan etnik di samping menggalakkan keharmonian di kawasan sempadan kedua-dua negara,” katanya.

Annuar turut berkata selain Kementerian Luar, pihak yang bersetuju menamatkan siaran stesen radio itu adalah Kerajaan Sabah, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOMM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia berharap hubungan Malaysia-Filipina akan terus kekal berada pada tahap terbaik dan berterima kasih atas sokongan pendengar selama ini,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Wanita Filipina Dipercayai Mangsa Bunuh Ditemui

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Nahas Bot Penumpang Filipina: Korban Meningkat 26

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN