web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Pretty Little Liars' Musim 2 Gali Mendalam Kes Buli Dunia Digital

Hubungan empat remaja wanita yang menjadi renggang kerana kehilangan misteri Alissa, namun mereka kembali bersatu setelah menerima mesej-mesej menyeramkan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 7:52PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peningkatan kes buli yang acapkali berlaku di dunia digital begitu membimbang kerana ia mampu mengakibat gejala kemurungan dalam kalangan golongan muda. 

Isu semasa ini telah menjadi intipati dalam drama remaja misteri Viu Original, ‘Pretty Little Liars’ Musim Kedua versi Indonesia dan ia telah pun mula ditayangkan di semua 16 pasaran Viu bermula 14 April lalu.

Diadaptasi daripada drama siri dengan judul yang sama daripada Warner Bros. International Television Production (WBITVP), ‘Pretty Little Liars’ arahan Emil Heradi ini memaparkan kesinambungan daripada musim yang pertama setelah Alissa (Yuki Kato) tiba-tiba hilang secara misteri. 

Kehilangan Alissa menyebabkan hubungan empat lagi remaja wanita iaitu Hanna (Anya Geraldine), Ema (Caitlin Halderman), Sabrina (Vanessa Thomas) dan Aria (Shindy Huang) menjadi renggang. 

Mereka mula bersatu kembali apabila menerima mesej menyeramkan daripada individu misteri yang dikenali sebagai 'A', yang mengancam untuk mendedahkan rahsia-rahsia mereka.

Persoalannya, siapakah A dan adakah A sebenarnya sudah mati atau masih hidup? Dalam musim kedua ini, Hanna, Ema, Sabrina dan Aria cuba mendedahkan banyak perkara termasuk kemalangan yang mengaitkan Hanna pada musim sebelumnya. 

Pengurus Besar Viu Indonesia, Varun Mehta berkata, pihaknya sangat teruja untuk membawakan musim terbaharu ‘Pretty Little Liars’ ini. 

“Kami mengambil serius tentang peningkatan kes buli hasil daripada dunia digital tanpa batasan yang turut mengakibatkan kemurungan dalam kalangan golongan muda. 

“Bersama penerbit dan pengarah, kami berjaya menterjemah visi kami dalam musim baharu ‘Pretty Little Liars’ ini dengan lebih baik serta mencetuskan hubungan lebih mendalam bersama penonton dengan menampilkan perkembangan watak lebih realistik serta jalan cerita yang mengasyikkan. 

“Kami percaya drama ini akan membawa masyarakat berfikir dan mengambil isu ini dengan serius sekali gus berjaya menarik lebih ramai penonton berbanding musim sebelumnya. 

“Bukan itu sahaja, sepanjang bulan Ramadan ini, penonton Viu juga akan mendapat akses kepada semua siri menarik seperti 'Assalamualaikum Calon Imam', drama Korea 'Again My Life', dan banyak lagi,” katanya lagi. 

Diterbitkan Visinema Pictures (Angga Sasongko), siri ‘Pretty Little Liars’ Musim Kedua ini turut menampilkan nama-nama besar dalam industri lakonan Indonesia seperti Wulan Guritno, Tarra Budiman dan Irgi Fahrezi. 

Drama bersiri ini telah menjadi kebanggaan Indonesia kerana pernah memenangi Anugerah Akademi Kreatif Asia dan Anugerah Kandungan Asia untuk musim pertamanya. Apakah musim kedua drama siri ini mampu menandingi kehebatan musim kedua? - Getaran, 26 April 2022


 

Gambar: Viu

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Buli Siber: Perlu Hukuman Lebih Keras, Bela Nasib Mangsa Dan Keluarga – Saraswati

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Didakwa Terbabit Kes Buli Siber Pempengaruh Esha

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SKKM Perkukuh Kerjasama Dengan Polis Perangi Buli Siber

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muat Naik Video Berkaitan Esha, Ibu Buat Laporan Polis Terhadap 3 Individu

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN