web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Festival Riuh Usaha Merakyatkan K-KOMM - Annuar

Festival Riuh kali ini bakal menampilkan tiga elemen utama iaitu ketersambungan perkhidmatan jalur lebar, industri kreatif dan ekonomi digital.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 11:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Festival Riuh bakal dianjurkan  tahun ini dengan Johor menjadi negeri pertama penganjurannya sebagai antara usaha merakyatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa berkata peruntukan sebanyak RM20 juta telah diluluskan kementerian bagi pelaksanaan festival berkenaan.

"Berbeza dengan penganjurannya sebelum ini, Festival Riuh kali ini bakal menampilkan tiga elemen utama iaitu ketersambungan perkhidmatan jalur lebar, industri kreatif dan ekonomi digital.

Sebagai usaha tersebut syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini diminta menjadi penaja utama festival secara bergilir-gilir," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar MenKOMM bersama komuniti negeri Melaka di sini malam ini.

Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.

Katanya menerusi festival itu ia akan menjadi sebahagian daripada agenda merakyatkan K-KOMM agar segala yang dilakukan kementerian ini dapat difahami oleh semua golongan terutama kelompok akar umbi.

"Festival ini akan berlangsung di setiap negeri dan dirancang diadakan sekurang-kurang dua kali sebulan selama tiga hari bagi memperkenalkan keunikan industri kreatif yang ada di negeri berkenaan selain untuk menggalakkan usahawan menceburi ekonomi digital.

Justeru lokasi jelajah Festival Riuh akan diselaraskan jawatankuasa kementerian dengan kerjasama exco di setiap negeri terlibat," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata Hari Wartawan Nasional (HAWANA) akan berlangsung pada 29 Mei ini dan Melaka dipilih menjadi tuan rumah sementara Bernama bertindak sebagai penganjur dengan sokongan Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI).

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan duit raya dan kurma kepada seramai 20 pelajar tahfiz dari Madrasah Tahfiz Fathur Rahman, Jalan Taming Sari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Wartawan Luar Mahu Pelajari Amalan Terbaik, Pengetahuan Bernilai Di HAWANA 2024

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Wartawan Kritikal Di London, Fahmi Minta Dana Tabung Kasih @HAWANA Disalurkan Segera

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Wartawan Sambilan Terlantar Terima Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN