web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persatuan Industri Kreatif Perlu Ditadbir Secara Profesional - Annuar

Ia penting bertujuan mengangkat industri berkenaan, serta menjaga tahap profesionalismenya.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 12:23PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan berkaitan industri kreatif perlu ditadbir secara profesional bagi mengangkat industri berkenaan, serta menjaga tahap profesionalismenya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Sebagai contoh, beliau berkata sistem royalti boleh diwujudkan dengan mengambil pengalaman negara luar yang menjaga komuniti penggiat industri kreatif seperti para pelakon.

“Kalau kita tengok arkitek ada Pertubuhan Arkitek Malaysia, perancang bandar ada ‘Malaysian Institute of Planners’ dan ia menjadi profesional kerana mereka mempunyai persatuan yang menjaga profesionalismenya.

Jadi dalam dunia seni, walaupun orang kata orang seni perlu pada kebebasan, kalau nak dijadikan itu sebagai satu profesion, saya cadangkan kena ada dia punya ‘Board of Governors’ yang mengawal etika, profesion, dan kalau itu ada, barangkali kaedah membayar royalti kepada mereka yang diiktiraf pelakon berlesen, pelakon profesional adalah lebih mudah untuk kita kawal,”  katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Bersama Media sempena Program Khas Syawal 2022 RTM di The Vertical, Bangsar South City Kuala Lumpur, di sini.

Sementara itu Annuar berkata sesi “pitching” bagi penggiat industri kreatif mengemukakan karya mereka untuk Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) akan diadakan dalam masa terdekat.

“Insya-Allah pada 20 hari bulan ini kita mula mengeluarkan iklan untuk memaklumkan kepada penggiat, penerbit dan sebagainya untuk mereka memohon atau mengemukakan cadangan karya-karya terbaharu.

Pada masa sama saya mendapat pengesyoran bahawa baki daripada mereka yang tidak berjaya dalam “pitching” sebelum ini, disambung  dan diambil, yang itu…kita telah pertimbangkan perkara itu,” katanya.

Bagaimanapun Annuar berkata ia perlu juga dibuka kepada idea baharu memandangkan setiap hasil kreatif mempunyai tempoh tertentu, dan mereka yang tidak berjaya dalam sesi “pitching” sebelum ini boleh memodifikasi kandungan mengikut kesesuaian.

Majlis yang dianjurkan pada malam ini juga bertujuan memperkenalkan Program Khas Syawal 2022 RTM yang bertemakan “Syukurnya Syawal”. 

Seiring tema tersebut, RTM menerusi tiga saluran utama iaitu TV1, TV2 dan TV Okey menyediakan program keagamaan, telefilem, drama bersiri, dokumentari, majalah dan hiburan khas sempena Aidilfitri.

Selain program televisyen, kesemua 34 stesen radio RTM turut menawarkan pelbagai rancangan menarik untuk pendengar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

NLKO  Musim Baharu Kekalkan Erra Fazira, Fizo Omar Sebagai Pengacara

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

4

Semasa 2 tahun yang lalu

'Video Pembaca Berita Itu Sudah Diedit, Wajah Sebenar Cantik Dan Manis'

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN