web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Annuar Ajak Selebriti Jayakan Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons

Selebriti mampu memainkan peranan dengan hadir ke program berkenaan atau menaja golongan asnaf dengan serendah RM3 seorang untuk berbuka puasa di Rumah Prihatin.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 11:20AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengajak selebriti dan orang awam untuk sama-sama menjayakan program Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons bagi menyantuni golongan asnaf.

Annuar berkata selebriti boleh memainkan peranan dengan menghadirkan diri ke program berkenaan atau menaja golongan asnaf seperti fakir miskin, anak yatim serta gelandangan dengan serendah RM3 seorang untuk berbuka puasa di Rumah Prihatin.

Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons adalah program berbuka puasa untuk orang awam terutamanya golongan kurang bernasib baik kelolaan Rumah Prihatin yang dibantu Sukarelawan Wilayah Prihatin (PRIVO) serta menghidangkan masakan cef bertaraf hotel lima bintang.

“Saya harap lebih ramai artis yang popular (hadir) kerana mereka pempengaruh dan dapat mempengaruhi masyarakat ke arah yang positif seperti kebajikan, keprihatinan dan ke arah manusiawi sifatnya dan bukan hiburan semata-mata.

Saya mahukan kehadiran mereka secara fizikal dan ianya bermakna buat masyarakat. Tujuan (Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons) adalah untuk merakyatkan selebriti supaya mereka mengambil peluang pada Ramadan ini dan dapat membuat kerja-kerja amal tanpa berbelanja besar,” katanya.

Annuar berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons. Program itu akan berlangsung  selama 21 hari bermula hari ini sehingga 1 Mei.

Seramai 305 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk sekitar, keluarga B40 pelbagai lapisan masyarakat serta 70 selebriti tanah air antaranya Datuk A Aida, Puteri Sarah, Jasper Suppiah, Hanna Qistina, Dilla Ahmad, Aisah Atan, Uncle Kentang, Ridwan Mustafa, Zoey Rahman, Nafiez Zaidi dan Afzan A Rahman hadir ke program itu semalam.

Pada majlis berkenaan Annuar turut menyampaikan sumbangan kepada 18 pelajar dan dua penjaga Maahad Tahfiz Dhiya'ul Islah.

Sementara itu golongan korporat serta individu yang berminat menyertai atau menaja program berkenaan boleh hubungi talian bebas tol Rumah Prihatin 1 800 88 7997. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN