Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pasukan Petugas Khas Diwujudkan Bantu Artis Peroleh Simpanan Masa Depan

Usaha ini dilakukan melihat kepada isu penggiat seni yang tidak mempunyai tabungan masa hadapan yang cukup sehingga ada yang dihalau keluar dari rumah sewa.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 6:50PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengumumkan sebuah pasukan petugas khas bakal diwujudkan bagi menaiktaraf kebajikan penggiat seni di Malaysia menerusi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Usaha ini dilakukan melihat kepada isu selebriti yang tidak mempunyai tabungan masa hadapan yang cukup sehingga ada yang dihalau keluar dari rumah kerana tidak mempunyai wang membayar sewa. 

Satu kerjasama dan mesyuarat diadakan bersama-sama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan barisan penerbit filem untuk mencari pemudah cara yang paling bernas dalam menangani isu ini.

Zahidi Zainul Abidin - Gambar Fail Bernama
Zahidi Zainul Abidin - Gambar Fail Bernama

“Kami merancang mewujudkan satu pasukan petugas khas untuk mendapatkan caruman PERKESO agar kebajikan masa tua para artis terjamin. Ada aduan yang kami terima terdapat artis yang dihalau keluar dari rumah kerana tidak mampu membayar sewa. 

“Bersama-sama FINAS, kami akan panggil penerbit filem untuk berbincang jalan terbaik agar artis kita mempunyai simpanan di masa hadapan terutamanya untuk para pelakon,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, menteri itu turut menjelaskan pasukan petugas khas ini bertanggungjawab mengendalikan kebajikan penggiat seni dengan lebih sistematik bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan seperti yang terjadi di beberapa persatuan artis sebelum ini.

“Penyanyi pun artis juga cuma sebelum ini mereka diuruskan oleh Kementerian Hal Ehwal Pengguna dan persatuan yang dikelola sesama artis. Namun masalah timbul jika artis sendiri yang uruskan melalui persatuan sehingga menimbulkan pergaduhan.

“Pernah ada kes di mana penyanyi mempunyai wang sehingga 40 juta ringgit. Namun kerana pertelingkahan membuatkan duit tersebut habis. 

“Penyanyi kita hebat menghiburkan orang namun sayang mereka tiada duit untuk masa depan. Maka, kementerian akan ambil perhatian dan bantu,” tambahnya lagi.

Gambar: Perkeso
Gambar: Perkeso

Mengambil iktibar daripada keadaan pandemik yang melanda negara membuatkan aktiviti seni dibekukan. Penggiat seni berhadapan dengan situasi sukar dan terpaksa ikat perut kerana tidak mempunyai pendapatan mahupun simpanan. Isu caruman KWSP dan PERKESO untuk penggiat seni menjadi antara perkara yang giat dibahaskan.

Terdahulu, beberapa persatuan sudah mula memperjuangkan isu ini bahkan tidak hanya terhad kepada penyanyi dan pelakon tetapi melibatkan kru produksi seperti jurusolek, pemandu dan penata gaya. Namun setakat hari ini, tiada apa-apa kata putus berjaya disepakati mengenai isu ini. - Getaran, 8 April 2022

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar

Selebriti 9 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Muzik 5 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

The Cine Dance memilih lagu ciptaan dan dendangan kumpulan De Fam kerana ia menerangkan suasana ketika menyambut hari raya, selain 'trending' di media sosial

Filem & TV 21 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21