web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zayan Radio Aktif Anjurkan Pelbagai Program Sempena Ramadan

Selain pencarian 'Zayan Next Top Bilal', Zayan turut membuat rakaman takbir raya bersama empat penyampainya termasuk Mawi yang akan disiarkan 1 Syawal ini di plaftom digital Zayan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 2:52PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keadaan semasa terus mencabar walaupun negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik dan mereka yang terbabit dalam pelbagai bidang pekerjaan khususnya industri dan bisnes hiburan perlu terus berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan produk yang kreatif.  

Situasi sama turut dirasai pasukan kerja radio Zayan. Bertepatan dengan konsep Islamik yang menjadi tunjang utama Zayan dalam arena penyiaran negara, radio ini membawa pendekatan mempromosikan cara hidup masyarakat Islam yang terkini dan kontemporari. 

Pengurus Kandungannya, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata, sejak Zayan ditubuhkan pada 2 Oktober 2017, kandungannya yang disampaikan lebih kasual, bersahaja dan santai serta bersesuaian dengan gaya hidup Muslim.

“Meskipun informasi Islamik tetapi ia disampaikan dengan cara yang lebih ringan agar mudah menyerap ke jiwa pendengar. 

“Inilah yang membezakan Zayan dengan radio yang lain. DNA Zayan berbeza dan sejak dari awal lagi, Zayan mahu mencetuskan identiti untuk mendekati golongan muda.

Pengurus Kandungan Zayan, Wan Syahrul Amry Wan Mansor
Pengurus Kandungan Zayan, Wan Syahrul Amry Wan Mansor

“Disebabkan itu, konsep persembahan harus lebih segar dan kandungan serta pengisiannya pula perlu bersifat kontemporari.

“Alhamdulillah, selepas hampir lima tahun bersiaran, sambutan pendengar terhadap radio Zayan menunjukkan peningkatan yang ketara,” katanya. 

Jelas Wan Syahrul lagi, kandungan Zayan mestilah boleh dijadikan inspirasi kepada pendengar sasaran berusia dari 18 hingga 35 tahun. 

“Kapsul nasihat disertakan hadis, sirah dan doa dengan selingan lagu nasyid yang bukan saja menghiburkan tetapi memberi manfaat kepada pendengar terutama pada situasi hari ini di mana masyarakat yang terkesan sangat memerlukan kata-kata semangat, nasihat dan panduan,” katanya. 

Bercakap mengenai cabaran, Wan Syahrul menjelaskan lagi, bagi mengekalkan keunikan Zayan, pasukannya terpaksa bekerja keras berbanding saluran komersial lain, sentiasa melakukan kajian dan peka kepada keperluan pendengar. 

“Kami tidak mahu kandungan Zayan kelihatan klise. Ia mestilah terkini kerana kami mahu mereka yang tercari-cari aplikasi kandungan Islam memilih Zayan. 

“Pada awal tahun ini juga dengan mengambil pandangan dan gabungan idea daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Munsyid Malaysia, rakan selebriti dan ustaz-ustaz, Zayan akan menganjurkan program Usrah Zayan #jomsolat sambil solat Maghrib dan Isyak berjemaah di dataran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). 

“Kami mahu menjadi penentu arah aliran yang Islam itu indah dan boleh bersolat di mana sahaja dengan syarat tetap mengikut hukum syarak. Program itu juga adalah platform berdakwah secara santai sambil meraikan semua pihak,” katanya lagi. 

Sempena Ramadan, Zayan turut aktif menganjurkan pelbagai program. Antaranya 'Satu Hari Satu Surah Bersama Ustaz Mohd Gunawan Che Abd Aziz' dan 'Mahir Bahasa Arab melalui al-Quran (Ustaz Taufik Yusof)', 'Taddabur Al-Quran' beserta pencarian 'Zayan Next Top Bilal' menerusi platform digital mereka. 

Baru- baru ini empat penyampai Zayan iaitu Asmawi Ani, Anas Tahir Muhammad Tajdid Hadhari dan Hazwan Syah, merakamkan takbir Hari Raya Aidilfitri di Masjid Jamek Kuala Lumpur. Rakaman itu akan disiarkan pada 1 Syawal di plaftom digital Zayan.

 

Kandungan Zayan Tahun 2022

'Zayan Salam Bros' - Kandungan baru Zayan untuk tahun 2022 yang akan dikendalian Mawi dan Anas Tahir (6 hingga 10 pagi) 

'Zayan Salam Sis' - Konti akan diambil alih Lin Ariffin (Siti Amalina Ariffin) dan Fatin Nabila (10 pagi hingga 3 petang) 

'Zayan Valet' - Bersama bekas peserta Daie, Tajdid Hadhari (Muhammad Tajdid Hadhari Romli) yang juga dikenali sebagai Ustaz Bola (3 petang hingga 7 malam). 

Zayan Valet juga menyisipkan slot 'Zayan Fit' yang menampilkan kehadiran tetamu undangan. Terdapat juga sesi bacaan ayat al-Quran berserta terjemahan dan menerusi slot 'Valet Buzz', Hadhari membincangkan isu tular.

'Zayan Halal Café' – Dikendalikan Hazwan Syah (8 malam hingga 12.30 pagi) 

'Zayan Hujung Minggu' - Bersama pendakwah Ustaz Ashraf Suarin. Segmen lain adalah 'Indah Di Hati', 'Zayan Fikir', 'Aura Zayan' dan 'Zayan Ikhlas'. 

Sendengar boleh mendengar ZAYAN menerusi Saluran Astro 876 dan terbaru aplikasi SYOK yang tersedia dalam Google Play dan App Store. - Getaran, 8 April 2022

Gambar: Zayan Radio 

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN