web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jom Tonton 7 Rancangan Ini Lepas Solat Tarawih!

Berikut ialah 7 drama dan filem yang boleh ditonton selepas Tarawih.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 8:48AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bila sudah memasuki bulan Ramadan, rutin harian kita juga bertukar sepenuhnya. Dari bangun sahur hinggalah moreh semuanya dipadatkan dengan rutin ibadah. Apa yang lebih manis, semua aktiviti itu kita sempurnakan bersama-sama ahli keluarga. 

Meraikan kemeriahan Ramadan, platform penstriman Disney+ Hotstar menawarkan rancangan yang sesuai untuk tontonan keluarga. Berikut ialah 7 drama dan filem yang boleh ditonton selepas Tarawih.

30 Hari Sebelum Raya

Merupakan sebuah kisah komedi tentang Mak Leha yang mempunyai sikap kelam-kabut. Oleh sebab itu, dia tersilap memahami diagnosis suaminya dan menyangka suaminya hanya mampu hidup selama 30 hari sahaja. Maka, banyaklah yang direncanakan sepanjang 30 hari yang juga jatuh pada hari Raya.

Do You Love Me, Captain

Dibintangi pelakon tempatan yang sedang melonjak naik, Sharifah Rose dan Ali Rezark, 'Do You Love Me, Captain' menceritakan nasib Daneena ketika dia cuba melarikan diri daripada agenda kejam ibu saudaranya dengan bersembunyi di sebuah banglo di tepi laut. Bagi merahsiakan identitinya, dia berkahwin dengan Darish, Kapten TUDM yang merupakan pemilik banglo itu serta menyamar sebagai pembantu rumah.

Wedding Agreement The Series

Penceraian biasanya adalah perkara yang dielakkan oleh mana-mana pengantin baharu. Namun lain pula ceritanya bagi Tian. Diolah semula daripada filem Indonesia 2019 dengan tajuk yang sama, sekuel 10 episod ini bermula apabila suami Tian iaitu Bian, mencadangkan satu perjanjian bahawa mereka akan bercerai selepas satu tahun berkahwin. Mana tidaknya, perkahwinan itu hanyalah sekadar memenuhi kehendak ibu bapanya.

Turning Red

Turning Red merupakan satu kisah yang menyentuh hati. Menceritakan tentang Mei, seorang gadis berusia 13 tahun yang membesar dalam sebuah rumah klasik. Selain mengalami zaman remaja yang bergelora, Mei berasa amat tertekan untuk memenuhi harapan tinggi ibunya. Keadaan menjadi lebih aneh apabila Mei mendapati dia akan berubah menjadi seekor panda merah raksasa apabila berasa tertekan. Maka, Mei secara tidak sengaja menyebabkan keadaan menjadi porak-peranda.

Encanto

Satu lagi kisah indah tentang dilema anak-anak dalam memenuhi harapan dan tradisi keluarga. Filem mempesonakan ini menceritakan tentang Maribel dalam sebuah perjalanan warna-warni tentang betapa pentingnya keutuhan kekeluargaan.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Bagi yang berjiwa muda, filem keluaran tempatan ini harus berada di senarai tontonan anda! Ia mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin apabila mereka dibawa ke sebuah kerajaan fantasi bernama Inderaloka, di mana mereka berhadapan dengan cabaran untuk menyelamatkan kerajaan tersebut daripada raja yang jahat.

Soundtrack #1

Berlatarkan musim sejuk di Seoul, 'Soundtrack #1' mengisahkan cinta tidak berbalas antara dua sahabat karib yang ditugaskan untuk menghasilkan sebuah karya muzikal. Selepas tinggal sebumbung selama dua minggu untuk menghabiskan lagu tersebut, pasangan itu, yang dibintangi pelakon popular Park Hyung-Sik dan Han So-Hee, terpaksa berdepan dilema antara persahabatan dan percintaan. - Getaran, 7 April 2022

Gambar: Disney Hotstar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN