web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Minat Rambutan, Namun Shila Amzah Juara The Masked Singer 

Meraih markah sebanyak 96.56 peratus, Shila terus kekal menambat hati juri dengan lagu 'Hurt' nyanyian asal Christina Aguilera serta 'Bujang Senang' daripada Wings.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 8:44AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persembahan yang sentiasa konsisten di dalam program The Masked Singer Malaysia Musim Kedua (TMSM) terbitan Astro Warna telah berjaya menobatkan Shila Amzah sebagai juara sekaligus merungkai identitinya di sebalik figura mascot Rambutan. 

Meraih markah sebanyak 96.56 peratus, Shila terus kekal menambat hati juri apabila membawakan lagu Hurt nyanyian asal Christina Aguilera serta persembahan lagu Bujang Senang yang memukau daripada Wings dalam program final tersebut pada Jumaat lalu.

Memetik wawancaranya di dalam program ini, Shila berkata, pengalaman menjayakan program TMSM itu akan tetap dikenangnya sampai bila-bila. 

“Banyak kenangan yang saya lalui di dalam program ini dan menyanyi di dalam maskot bukanlah semudah yang disangka.

“Yang paling sukar adalah kerana kostum ini sangat berat kerana ia diperbuat daripada material latex. Bayangkan, kita perlu menggerakkan badan sewaktu hendak membuat persembahan.

“Tetapi dedaunan yang terdapat pada maskot ini banyak membantu persembahan saya sebab ia boleh bergerak-gerak,” katanya. 

Biarpun sukar, namun Shila mengakui seronok membuat persembahan di sebalik maskot tersebut tanpa dilihat orang. 

“Saya hanya mendapat energi untuk membuat persembahan daripada orang-orang yang berada di belakang tabir sebelum naik ke pentas.

“Dan bila ada juri yang dapat meneka saya adalah Shila Amzah, saya jadi geram juga. Saya harap sangat mereka dapat berpura-pura untuk tidak mengenali diri saya. Tapi, saya tahu mereka perlu teka dengan tepat kerana mengejar anugerah juri,” katanya. 

Dia juag mengakui memilih maskot rambutan kerana tidak menyukai buah tempatan yang digemari kebanyakan masyarakat Malaysia itu.

Program TMSM musim kedua yang bersiaran selama sepuluh minggu ini juga memberi kemenangan buat Amir Masdi iaitu pemilik maskot Seladang sebagai Naib Juara  dengan markah  sebanyak 94.61 peratus, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Orkid iaitu Liza Hanim  (94 peratus). 

Sementara Burung Hantu yang dipakai Hannah Delisha meraih tempat keempat dengan markah 91.19 peratus serta Ratu Semut (Ara Johari) di tempat kelima (90.17 peratus). 

Amir yang juga bekas juara Akademi Fantasia 2016 pula mengakui pada awalnya dia mahu memilih maskot Bujang Senang tapi akhirnya menukar pilihan kepada Seladang.

“Saya memilih Seladang kerana ia mempunyai karektor yang nakal dan membolehkan saya untuk membawakan lagu-lagu yang hyper. 

“Banyak pengalaman pahit manis saya bersama program ini terutama pada awal minggu pertama. Saya tak tahu nak buat apa dan saya juga tidak pandai menari. 

“Saya juga terpaksa merahsiakan penyertaan saya di dalam rakaman program ini daripada pengetahuan keluarga saya. Tak seorang pun di antara mereka yang tahu.

“Setiap kali hendak keluar untuk menjayakan program ini, mereka tanya saya mahu ke mana. Saya terpaksa bagi alasan saya sibuk dengan rakaman. Bila mereka tanya rakaman apa, saya beritahu saya tidak ingat,” katanya lagi. 

Pada minggu akhir TMSM musim kedua ini juga, Zizan Razak berjaya menggenggam Anugerah ‘Tekaan Juri Paling Gempak’ selepas mengumpul 11 markah, iaitu markah tertinggi antara semua juri dengan tekaannya yang tepat dari minggu ke minggu. - Getaran, 4 April 2022

Gambar: Astro 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Dendam Manis Liza Hanim Terbalas Selepas 27 Tahun

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN