web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Forum Perdana Ehwal Islam Khas 76 Minit Sempena Hari RTM

Program siaran langsung edisi khas membincangkan tajuk 'Generasi XYZ'bersiaran selama 76 minit malam tadi, sempena sambutan Hari Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-76 (HRTM76).

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 11:31AM

Gambar: Instagram @rtm_malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program bual bicara agama tertua negara Forum Perdana Ehwal Islam bersiaran selama 76 minit malam tadi, sempena sambutan Hari Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-76 (HRTM76).

Program siaran langsung edisi khas membincangkan tajuk 'Generasi XYZ' bersama panel jemputan Pensyarah Pusat Pengajian Islam Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Bashir Aziz dan pendakwah bebas Harryanto Rizal Rokman itu adalah acara yang memulakan sambutan HRTM76 yang disambut hari ini

Program yang berusia 44 tahun itu kebiasaannya bersiaran hanya 60 minit, namun dilanjutkan selama 76 minit, iaitu angka sambutan ulang tahun RTM dan disiarkan secara langsung di saluran RTM1, malam tadi.

Rancangan bual bicara edisi khas itu menampilkan gabungan pengacara lama dan baharu yang pernah mengemudi rancangan itu iaitu pendakwah bebas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Mohd Hariri Mohammad Daud serta personaliti TV Khairul Wasiril Aswad.

Antara isu yang dikupas panel termasuk adab dan tatacara komunikasi berlandaskan lunas Islam, dakwah alaf baharu melalui media sosial serta kepentingan dunia komunikasi sebagai medium penyatuan ummah.

Turut hadir pada program berkenaan ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Ketua Setiausaha K-KOMM Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Che Roslan Che Daud serta pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Roslan Ariffin.

Zahidi berkata program itu sudah menjadi sebuah jenama yang besar dan amat sinonim dengan RTM sebagai medium pendidikan agama yang utama, sekali gus menjadi sumbangan berterusan jabatan penyiaran kepada pembangunan ummah.

"K-KOMM berharap program ini terus menjadi platform pendidikan agama untuk rakyat. Mungkin selepas ini apabila kita masuk ke fasa peralihan ke endemik, rancangan TV ini dapat kembali bersiaran dari pelbagai lokasi seperti sebelum ini dan mengimarahkan majlis ilmu," katanya.

Terdahulu, Zahidi turut menyertai majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena HRTM76 bersama petugas RTM di Masjid Muhammadi, Angkasapuri. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN