web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Program Menarik Menemani Anda Sepanjang Ramadan Di AwesomeTV

Sepanjang bulan Ramadan ini, AwesomeTV akan menayangkan program program menarik yang terdiri dari pelabagai genre termasuklah drama, filem, sketsa dan program bual bicara.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 10:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang penuh dengan keampunan, saluran stesen televisyen swasta percuma, AwesomeTV tampil dengan tema istimewa penuh bermakna iaitu ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ bagi melatari Kempen Ramadan 2022 tahun ini. 

Dengan inspirasi tersebut, pengisian komprehensif sepanjang bulan mulia ini akan dizahirkan menerusi himpunan lebih 50 program menarik pelbagai genre yang bakal menanti para penonton serta inisiatif tanggungjawab sosial korporat menerusi sebuah kolaborasi amal bersama syarikat korporat, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad atau KAPB.

Mulai 3 April ini, para penonton bakal dihidangkan dengan seleksi kandungan terhebat merangkumi genre keagamaan, telefilem, drama bersiri, koleksi filem terlaris tempatan dan antarabangsa, naskhah throwback klasik malar segar, sketsa, komedi, variasi, bual bicara serta banyak lagi yang boleh ditonton menerusi platform AwesomeTV di saluran Astro 123 dan MyTV 112.

Datin Ezzan Zalilah
Datin Ezzan Zalilah

Mengulas lanjut mengenai pengisian kempen Ramadan tahun ini, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan AwesomeTV berkata, Selepas dua tahun bergelut dengan pandemik COVID-19, AwesomeTV menyambut baik pengumuman peralihan fasa endemik bermula 1 April ini yang dilihat dapat memakmurkan semula tradisi sambutan bulan penuh barakah ini dengan pelbagai aktiviti ibadah.

 “Justeru, tema ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ dipilih khas untuk menerajui Kempen Ramadan AwesomeTV 2022 kerana ia membawa pengertian yang sungguh bermakna dalam menyuntik inspirasi sekaligus mengangkat semula semangat rakyat Malaysia yang pastinya terkesan akibat pandemik. 

Selaku stesen televisyen, AwesomeTV juga sentiasa komited dan mengambil  langkah proaktif dalam menyediakan sajian program menarik pelbagai genre khas untuk tatapan rakyat Malaysia yang pastinya mempunyai citarasa berbeza sepanjang bulan mulia ini sekaligus memikat hati mereka. 

Lebih istimewa, kami juga tidak lupa membawa amanat yang sama menerusi kolaborasi amal bersama pihak KAPB bagi menjayakan inisiatif CSR sempena Ramadan pertama AwesomeTV. Sebagai simbolik tema kempen kami pada tahun ini, sebanyak 15 unit permaidani eksklusif dari Masjidil Haram, Mekah akan dihadiahkan kepada 15 buah masjid terpilih di sekitar Lembah Klang untuk dimanfaatkan bersama. 

Semoga rakyat Malaysia bakal terhibur dengan pelbagai kandungan hebat tanpa henti yang telahpun disusun sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Sempena bulan puasa ini, AwesomeTV menampilkan rangkaian drama-drama terhebat khas untuk peminat drama Melayu tempatan. ‘Antara Ikhlas dan Kaca’ yang dibintangi oleh Luqman Hafidz, Wanna Ali, Aleza Shadan dan Zain Hamid bakal menghiasi slot ‘Dramatix’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam. Manakala drama ‘Sudin Dah Kaya!’ yang menampilkan figura rock tanah air, Datuk Awie sebagai tonggak utama bersama Zalif Sidek, Umar Dzariff dan Marissa Yasmin pula bakal mengambil alih slot  ‘Dramedi’ pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 9.30 malam.

Mengisi slot ‘Ohsem Tele’ pada setiap hari Ahad jam 10.00 malam turut menampilkan seleksi telemovie segar seperti ‘Permintaan Terakhir Abah’ yang dilakonkan oleh Hafizuddin, Jay Iswazir, Hazama dan Johan As'ari, ‘Pak Pokok Ketapang’, menampilkan gandingan Amerul Affendy, Dian P.Ramlee, Ezzaty Abdullah dan Hafizul Kamal serta ‘Hud’, diterajui oleh Fahrin Ahmad, Eira Syazira, Eqifshah dan Norlia Ghani. Sutradara hebat tanah air, Rashid Sibir juga tampil dengan karya, ‘Jeman’, lakonan pelakon baru, Iman Zulkarnain, Fauziah Nawi, Farah Ahmad dan Mia Farhana. 

Dalam pada itu, slot ‘Hiburan’ bakal membariskan program-program menarik berbentuk infotainment dalam pelbagai genre seperti komedi, sketsa, bual bicara dan banyak lagi. Jangan lupa temujanji anda dengan kami untuk program-program seperti ‘Perang Malam Ini’, ‘Sketsa Sketso’, ‘Roller Kata’, ‘Laki Masak Bini Lucky’, ‘Jawapan Panas’, ‘Rumah Insaf’, ‘Memoria’ dan banyak lagi. Kami yakin dengan kehadiran rakan-rakan selebriti di sebalik seleksi program ini seperti Dato’ Hattan, Liza Hanim, Noryn Aziz, Nikki Palikat, Amelia Handerson, PU Azman, Eira Syazira, Suki Low, Naqiu, Izzue Islam, Tomok, Black, Fad Bocey, Ajak Shiro, Khir Rahman, Dottie, Ramona Zamzam, Ropie, Pak Ya, Bell Ngasri dan ramai lagi.


Slot ‘Ohsem Lejen’ pada setiap hari Khamis jam 10.00 malam akan terus menyajikan filem-filem klasik yang diterajui Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee seperti ‘Do Re Mi’, ‘Nasib Do Re Mi’, ‘Laksamana Do Re Mi’, ‘Masam Masam Manis’ dan banyak lagi. 

Manakala slot ‘Filem Kita’ yang bersiaran pada setiap hari Jumaat, 11.30 malam pula membawakan anda seleksi filem tempatan malar segar pilihan seisi keluarga seperti ‘7 Petala Cinta’, ‘Semerah Cinta Steletto’, ‘Syurga Cinta’ dan ‘Aku Terima Nikahnya’. 

Tidak dilupakan program menarik sewaktu waktu sahur akan menemani anda sekeluarga iaitu ‘Sahur Special’ pada setiap hari Sabtu jam 4.00 pagi yang akan membariskan filem-filem throwback seperti ‘Si Badul’, ‘Tuan Badul’, ‘Driving School’, ‘Pagar Pagar Cinta’ dan ‘Pening Pening Lalat’.

Sebagai tanda tribute, slot ‘Malar Segar’ yang setia menemani penonton pada setiap hari Sabtu jam 3.00 petang pula bakal membariskan filem-filem menarik lakonan Allahyarham Mr. Os seperti ‘Adik’, ‘Mr. Os’, ‘Awang Spanar’, ‘Kembar Siam’ dan ‘Ghazal Untuk Rabiah’. 

Misi AwesomeTV untuk menjadi stesen peransang minda atau ‘mood booster’ diteruskan lagi dengan menyajikan penonton dengan filem-filem Bollywood terhebat seperti ‘Josh’, ‘Kaabil’, ‘Raaz’, ‘Shakti: The Power’, ‘Taalash’ untuk slot ‘Hindi Special’ yang bersiaran pada setiap hari Sabtu jam 10.00 malam.

Seleksi filem antarabangsa juga membariskan naskhah-naskhah menarik seperti ‘Paddington 1 & 2’, ‘Fun With Dick And Jane’, ‘Real Genius’ menerusi slot ‘Awesome Movie’ yang bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 10.00 malam. - Getaran , 31 Mac 2022

Gambar: ATV RAMADAN 2022 dan Majlis Tayangan Perdana & Program Ramadan AwesomeTV
 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selepas 8 Tahun Tidak Bertemu, Datuk Awie Bersyukur Akhirnya Bakal Beraya Bersama Dua Anaknya Pada Aidiladha Ini

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Peguam Datuk Ayu Puteh Memohon Membatalkan Tuntutan Balas Awesome TV Sebanyak RM142 Juta Di Mahkamah 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN