Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


'Autumn In Wales' Sesuai Untuk Mereka Yang Stres - Ayu Puteh

Pembikinan 'Autumn In Wales' arahan Rahila Ali dilakukan di North Wales, United Kingdom, kira-kira dua tahun lepas, selepas berakhirnya produksi 'Ada Apa Dengan Dosa'.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 6:13PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Produser Datuk Normashayu Puteh atau lebih dikenali sebagai Ayu Puteh mengakui pemilihan genre komedi dalam penerbitan filem terbaharunya, Autumn In Wales adalah disebabkan situasi masyarakat yang kini berada dalam keadaan tertekan. 

“Ramai orang yang stres, tertekan dan bermasalah. Jadi, saya buat filem ini kerana saya mahu orang rasa gembira dan saya percaya ia memang sesuai untuk ditayangkan sekarang. 

“Adakalanya kita perlu juga bikin filem dengan cerita yang ringan dan komedi untuk buat orang ketawa,” katanya. 

Produser, Datuk Normashayu Puteh atau lebih dikenali sebagai Ayu Puteh
Produser, Datuk Normashayu Puteh atau lebih dikenali sebagai Ayu Puteh

Pembikinan Autumn In Wales arahan Rahila Ali dilakukan di North Wales, United Kingdom, kira-kira dua tahun lepas.

Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Eyka Farhana, Jaa Suzuran, Keith Foo, Wanna Ali, Joey Daud, Amyza Adnan, Sissy Iman, Fara Mendoza, Wanns Ahmad serta Amirul Haswendy yang turut bertindak sebagai penulis skrip. 

“Sebetulnya, sebulan selepas kami selesai menjayakan syuting Ada Apa Dengan Dosa, saya di Wales, Rahila dan Amirul bersembang-sembang untuk memikirkan idea untuk filem seterusnya iaitu Autumn In Wales

“Saya juga menghasilkan skrip ini bersama Amirul dalam tempoh masa sebulan. Perancangan untuk menghasilkan filem ini sudah ada, tapi saya juga tidak sangka ia akan secepat itu. 

“Bila panggilan idea sudah sampai dan saya tidak punya kesabaran untuk tunggu lagi, saya terus hubungi artis-artis yang tidak begitu sibuk. 

“Mujurlah mereka memahami dan pengarah juga memahami. “Jadi, selepas pelakon-pelakon Ada Apa Dengan Dosa pulang, ia diganti pula dengan para pelakon Autumn In Wales,” katanya. 

Menurut Ayu Puteh lagi, Autumn In Wales bukan sekadar filem romantik komedi biasa kerana selain mempertaruhkan jalan cerita yang mampu menyentuh perasaan dan dekat dengan hati penonton, ia turut dihiasi dengan sinematografi menarik di Wales. 

“Saya percaya jarang filem tempatan mengetengahkan keindahan negara tersebut dan sedikit sebanyak ia mampu menyuntik keterujaan penonton yang rindukan aktiviti melancong ke negara luar dalam norma baharu sekarang ini,” katanya. 

Mengenai pemilihan pelakon, Ayu Puteh menjelaskan bahawa filem ini turut menggabungkan selebriti tanah air daripada kelompok sasaran yang berbeza.  

Ini juga adalah filem pertama Jaa Suzuran sebagai pelakon.  Pempengaruh media sosial dan bekas penyampai radio ERA ini memegang watak sebagai Jaka (Jejaka Kacak), seorang tukang cuci pinggan yang berasal dari negeri pantai timur dan bersikap ceria serta lucu. 

“Kami yakin percaturan Jaa Suzuran selaku teraju utama mampu menghidangkan satu kelainan, dengan wataknya mempunyai karakter tersendiri. Selain kelakar dan lucu, dia juga sentiasa mengagungkan dialek ibundanya walau ke mana dia pergi. 

“Kita juga turut menggunakan tanda pagar #menantumakawak yang sememangnya cukup dekat dengan Jaa. Mulanya memang kita fikir nak buat filem dengan menggunakan judul tanda pagar tersebut. Tapi, apabila lokasinya dilakukan di Wales, kita terpaksa guna judul filem yang lain,” terang Ayu.

Sementara itu, Rahila Ali pula berkata, cabaran mengarahkan Autumn In Wales adalah apabila dia perlu menukar mood dan mindanya daripada kisah berat kepada kisah komedi. 

“Sebelum Autumn In Wales, saya baru sahaja selesai mengarahkan Ada Apa Dengan Dosa. Tapi, mengarahkan cerita yang berbentuk komedi bukanlah suatu masalah yang besar kerana bagi yang sudah lama mengenali saya, pasti mereka tahu bahawa karakter saya memang begitu. 

“Dalam setiap filem yang saya arahkan, saya suka ketengahkan orang baharu. Dalam Ada Apa Dengan Dosa saya telah mengetengahkan Wana Ali. Kali ini, saya cuba ketengahkan pula Jaa kerana saya percaya kita boleh bentuk dia sebagai pelakon,” katanya. 

Autumn In Wales terbitan Pencil Pictures and Record telah pun mula ditayangkan di Astro First sejak 24 Mac yang lalu. 

Ia mengisahkan tentang gadis yang periang dan bimbo bernama Aira lakonan Eyka Farhana.  Menjelang hari perkahwinannya, Aira telah terbang ke Wales untuk membuat kejutan terhadap tunangnya, Darwish (Keith Foo). 

Ketika berada di sana, satu insiden berlaku dan Aira telah bertemu Jaka secara tidak sengaja. Jaka ingin memulakan hidup baru di Wales selepas berpisah dengan kekasihnya. - Getaran, 29 Mac 2022

Gambar: Astro 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Peguam Datuk Ayu Puteh Memohon Membatalkan Tuntutan Balas Awesome TV Sebanyak RM142 Juta Di Mahkamah 

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Program Peneman Bantu Jemaah Haji Yang Memerlukan

3

Rencana 10 bulan yang lalu

Warga Kota Stres Gaya Hidup KL

4

TARA 11 bulan yang lalu

Sesen Pun Hak Aku, Tak akan Aku Halalkan 7 Keturunan - Ayu Puteh Terus Lepaskan Geram Terhadap Awesome TV Pasal Isu Bayaran

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Muzik 1 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

The Cine Dance memilih lagu ciptaan dan dendangan kumpulan De Fam kerana ia menerangkan suasana ketika menyambut hari raya, selain 'trending' di media sosial

Filem & TV 18 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar