web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Elica Paujin Juara Big Stage 2022, Hael Husaini Pinjamkan Mikrofon

Raih undian penonton tertinggi telah berjaya meletakkan Elica Paujin sebagai juara Big Stage 2022 sekaligus mengetepikan pesaing terdekatnya iaitu Danial Chuer di tempat kedua dan Aisha Retno di tempat ketiga. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 3:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persaingan akhir paling sengit! Itulah yang diperkatakan oleh ramai pihak termasuklah juri-juri program Big Stage 2022 selepas menonton konsert akhir malam tadi yang menyaksikan Elica Paujin dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000.

Naib juara pula disandang oleh Danial Chuer yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 manakala di tempat ketiga pula jatuh kepada Aisha Retno yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM25,000. 

Tempat keempat pula menjadi milik Yasmin Aziz yang membawa pulang wang tunai bernilai RM15,000 manakala tempat kelima pula menjadi milik peserta dari Indonesia iaitu Tegar Septian yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

 Jika mengikut jumlah peratusan markah dari barisan juri, Danial Chuer menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 66.64%, diikuti oleh Aisha Retno (66.57%) dan Elica Paujin (66.22%).

Nyata keputusan undian dari para penonton memainkan peranan besar dalam menentukan siapakah yang akan bergelar juara dan tuah itu menjadi milik Elica apabila dia berjaya meraih peratusan undian tertinggi iaitu sebanyak 12.71% sekaligus melayakkannya sebagai juara mengatasi Danial. 

Elica sewaktu ditemui di sidang media sejurus selepas tamat konsert berkata dia sangat bersyukur kerana mempunyai penyokong yang sangat kuat dan setia.

“Pada malam ini juga saya buat pertama kalinya mendapat markah tertinggi dari barisan juri kerana sebelum ini saya tidak pernah dapat markah melebihi 90. Di pentas akhir ini saya telah berikan segalanya dan berjaya membuatkan juri suka dengan persembahan saya,” katanya.

Kata anak jati kelahiran Tambunan, Sabah ini lagi, dia tidak menyangka akan bergelar juara kerana ingatkan orang lain yang akan menang.

“Saya ingatkan Aisha atau Danial yang akan menang. Saya sertai Big Stage kerana mahu kutip pengalaman untuk saya masuk balik ke dalam industri muzik Malaysia sebab sebelum ini  saya fokus di Sabah sahaja. Jadi saya rasa Big Stage adalah platform yang terbaik. Tetapi saya tidak sangaka sampai boleh bergelar juara,” ujarnya.

Pada malam konsert akhir itu Elica berjaya memukau juri dan penonton dengan lagu Cinta dari Marsha Milan serta lagu duet bersama Hael Husaini iaitu Believer. Elica juga sempat mendapat tip dari Marsha sebelum menyampaikan lagu yang bergelar Naib Juara AJL36  itu.

“Marsha ada beri tip dan sokongan penuh kepada saya untuk bawa lagu ini dengan penuh emosi dan jiwa. Dia juga meminta saya untuk tidak pedulikan apa yang netizen cakap jika ada yang cuba membandingkan nyanyian kami berdua,” katanya.

 Selain Marsha, rakan duetnya pada malam itu iaitu Hael Husaini turut banyak membantunya. Malah Hael telah meminjamkan mikrofonnya kepada Elica. 

“Saya sangat terharu kerana susah untuk dia pinjamkan mikrofon kepada orang lain. Sebenarnya saya sangat takut nak pegang mikrofon itu sebab harganya sangat mahal. Mikrofon itu membuatkan suara saya menjadi lebih jelas,” katanya. 

Sementara itu bagi naib juara pula iaitu Danial Chuer, dia tidak menjangkakan akan memenangi tempat kedua kerana sasarannya pada malam itu hanyalah sekadar di tempat ketiga.

“Saya menang jangkakan Elica atau Aisha yang akan menjadi juara dan naib juara. Berdasar persembahan saya, saya memang sasar tempat ketiga. Tetapi Alhmadulillah, ini ada rezeki dari Allah, katanya yang akan melancarkan single ciptaannya sendiri tidak lama lagi. 

Bagi Aisha pula, dia tidak ralat sekadar menduduki tempat ketiga kerana percaya setiap dari finalis Big Stage kali ini mempunyai kekuatan masing-masing.

“Saingan pada tahun ini sangat sengit. Kalau lihat dari segi markah pun perbezaannya sangat sikit. Saya gembira dengan keputusan pada malam ini. Tahniah saya ucapkan kepada sahabat baik saya iaitu Elica dan Danial juga kepada semua peserta yang lain,” katanya yang baru sahaja melancarkan single terbaru beberapa hari sebelum menjelang konsert akhir Big Stage. 

Pada malam konsert itu kesemua peserta telah diadili oleh barisan juri yang terdiri dari Ajai, Datuk Sri Siti Nurhaliza, dan Aliff Aziz yang menyumbang sebanyak 70% dari markah keseluruhan. Aina Abdul dan Elly Mazlein pula diundang sebagai juri jemputan, dan Dato’ Sri Vida pula bertindak sebagai presiden netizen. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. - Getaran, 28 Mac 2022

Gambar: Astro/AzrulRafie


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN