web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pak Nil Berjaya Teka Si Bujang Senang Dengan Tepat 

Tarikh lahir dalam takwim Islam yang didedahkan Sabhi Saddi yang juga penyanyi One Nation Emcee itu berjaya dikenal pasti Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 11:49AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bak kata pepatah orang-orang tua, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua dan sebijak-bijak Sabhi Saddi yang selama ini cuba mengelirukan juri-juri The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua di sebalik topeng Bujang Senang, akhirnya ia memakan dirinya sendiri. 

Tarikh lahir dalam takwim Islam yang didedahkan penyanyi One Nation Emcee itu berjaya dikenal pasti Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil yang turut dilantik menjadi dekan secara tidak rasmi di kalangan barisan juri lain dalam program tersebut. 

“Hei.. itu adik aku lah!,” kata Pak Nil yang mengakui sudah lama mengenali Sabhi. Lantas, Pak Nil turut menarik balik kenyataan untuk meletak jawatan sebagai dekan. 

Pak Nil adalah satu-satunya juri yang berjaya meneka identiti si penyanyi yang berselindung di sebalik topeng Bujang Senang itu dengan tepat di peringkat suku akhir yang juga minggu kelapan TMSM musim kedua ini.

Sabhi berkata, antara taktik yang digunakannya untuk mengelirukan barisan juri adalah dengan menggunakan suara serak ketika menyanyi. Malangnya, dia tetap kantoi. 

“Bila orang sudah kenal saya lama, orang itu pasti akan kenal saya. Saya kenal Pak Nil dah lama, jadi dia tahu saya punya kelebihan dan kelemahan. 

“Tapi, saya bersyukur kerana akhirnya berjaya sampai ke minggu suku akhir ini. Saya sudah cuba memberikan yang terbaik tetapi rezeki saya hanya sampai setakat ini sahaja,” katanya lagi. 

Pada minggu kelapan ini, tiga selebriti iaitu Raja Semut, Si Merak dan Bujang Senang berada di tangga terbawah. Namun, markah terendah Bujang Senang iaitu sebanyak 82 peratus memaksa Sabhi Saddi untuk mendedahkan identitinya.

Dalam kalangan barisan juri pula, Zizan Razak meraih satu lagi markah dengan tekaan tepatnya menjadikannya juri dengan markah paling tinggi, diikuti Pak Nil yang turut meneka dengan tepat.  Zizan meraih lima markah dan Pak Nil dengan empat markah. 

Sementara itu, minggu kelapan menyaksikan Seladang, Orkid dan Burung Hantu berada di tangga teratas dengan masing-masing mencatatkan markah sebanyak 92.67 peratus, 89.33 peratus dan 89.11 peratus. 

Dengan pemergian Bujang Senang, hanya enam selebriti di sebalik topeng iaitui Seladang, Orkid, Burung Hantu, Rambutan, Ratu Semut dan Si Merak yang akan mara ke minggu separuh akhir. 

Siapakah yang bakal merebut gelaran sebagai juara TMSM musim kedua ini? Ikuti program ini di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam. 

Gambar: Astro 



 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Terima kasih Tuah, Hadir Dalam Hidup Ayah Dan Bonda - Remy Ishak 

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN