web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Jaga Sensitiviti Agama, Rakyat, K-KOMM Beri Amaran Kepada Syarikat Televisyen

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi amaran keras kepada semua pengendali syarikat televisyen, supaya tidak memaparkan sebarang adegan yang menyentuh senstiviti agama dan rakyat di negara ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Mar 2022 7:31PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi amaran keras kepada semua pengendali syarikat televisyen, supaya tidak memaparkan sebarang adegan yang menyentuh senstiviti agama dan rakyat di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan, sekiranya terdapat stesen televisyen yang melanggar garis panduan yang ditetapkan.

“Di bawah peraturan sekarang, kerajaan memberi kuasa penapisan bagi konten drama di peringkat stesen televisyen, yang mana mereka dikehendaki membuat pengawalan sendiri.

“Sekiranya kita mendapati stesen televisyen tidak menjaga garis panduan tertentu, terutama menyentuh hal agama, budaya, adat resam dan sebagainya, maka saya akan menyemak semula kemudahan itu dan kita akan menarik balik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar Tingkatan Enam dari Parlimen Ketereh, sempena program 'Back To School' , di Kota Bharu.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai video dimuat naik oleh seorang pelakon tempatan di laman sosial Instagramnya, yang memaparkan babak panas dipercayai adegan dalam sebuah drama yang belum disiarkan.

Annuar berkata kemudahan yang disediakan kerajaan di bawah kendalian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), tidak sewajarnya diabaikan oleh syarikat televisyen sehingga tidak mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Kita memberikan kemudahan atas kepercayaan, semua stesen televisyen yang bekerjasama dengan syarikat swasta untuk membuat drama terbabit, tetapi perlu wajib mematuhi garis panduan yang telah disiapkan.

“Bagi saya adegan yang tidak Melayu, tidak Islam sifatnya, yang menyinggung perasaan orang Melayu, orang Islam dan sebagainya ini, sebenarnya tidak perlu menunggu pihak kementerian menegur kerana kita perlu faham sendiri batas-batas dalam adegan tersebut, yang tidak bersesuaian,” katanya.

Mengulas lanjut, Annuar berkata beliau telah meminta pihak yang terlibat dalam drama terbabit, supaya memberi penjelasan secara bertulis sekiranya ia tidak memuaskan, drama itu tidak dibenarkan untuk disiarkan kepada umum.

Penularan video tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menerusi Facebook miliknya turut memaklumkan, akan menghubungi pihak terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara itu boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.

Sementara itu, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dalam satu kenyataan media semalam turut menjelaskan, adegan yang dipaparkan dalam drama itu tidak sesuai disiarkan malah tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen televisyen itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Stoking Kalimah Allah: JAKIM Beri Amaran Keras Kepada Pengurusan KK Supermart

4

Politik 2 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN